Siakap Keli
Gambar via AFP

‘Operasi Unicorn’, Kenali Istiadat Pengebumian Mendiang Ratu Elizabeth II Selama 10 Hari

Operasi Unicorn dilancarkan istiadat pengebumian Ratu Elizabeth II selama 10 hari

Kematian Ratu Elizabeth II di Scotland telah mencetuskan rancangan kontigensi yang dikenali sebagai Operasi Unicorn.

Sebagai sebahagian daripada pengaturan London Bridge yang telah diadakan selepas kematian Ratu Elizabeth, Operasi Unicorn menggerakkan acara istiadat tambahan di Edinburgh sebelum pemindahan keranda Ratu kembali ke London.

Earl Marshal selaku pegawai penting adalah individu yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan rancangan itu bersama-sama penasihat-penasihat diraja dan kerajaan.

Dalam pada itu, Putera Charles, 73, telah diangkat sebagai raja United Kingdom seterusnya dan memakai gelaran Raja Charles III. Namun menurut adat istiadat diraja, pemakluman rasmi tentang perkara itu dibuat sehari selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Pemakluman tersebut dijangka akan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Perwakilan yang biasanya diadakan di Istana St James. Uniknya, pemakluman ini turut mempunyai nama kod operasi tersendiri yang dikenali sebagai Operation Spring Tide.

Anggota keluarga diraja dijangka akan mengadakan upacara memperingati dan berdoa di sekeliling keranda Ratu Elizabeth II di Katedral St Giles, Edinburgh dalam masa beberapa hari lagi.

Juga berada di Istana Balmoral ialah Putera William yang memakai gelaran Duke of Cambridge dan Camilla, Ratu baharu Britain dan juga Countess of Wessex. Jasad mendiang ratu pula dijangka akan disemadikan di Ballroom di Balmoral.

Parlimen Scotland akan digantung, dengan jasad mendiang dijangka dibawa ke Edinburgh dengan menaiki Kereta Api Diraja dalam perjalanan yang mengambil masa lebih lima jam sebelum disimpan semalaman di Istana Holyrood House.

Pada keesokan harinya, keranda akan dibawa menaiki Royal Mile ke Katedral St Giles untuk penghormatan dan resepsi.

Orang ramai dijangka akan dibenarkan masuk untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu.

Keranda Ratu kemudiannya akan dibawa menaiki Kereta Api Diraja sekali lagi untuk dibawa pulang ke Istana Buckingham di London.

Satu lagi pelan kontigensi, dengan nama kos Operation Overstudy akan diaktifkan jika perjalanan dibuat melalui udara, kemungkinan besar menerbangkan keranda Ratu Elizabeth akan dibawa menaiki pesawat Tentera Diraja Britain (RAF) sama ada di pangkalan RAF di Brize Norton atau RAF Northholt.

Sama ada keranda itu dibawa melalui kereta api atau pesawat, ia akan disambut oleh jawatankuasa resepsi diketuai Perdana Menteri dan disertai anggota Kabinet setibanya di London.

Sebaik sahaja jenazah Baginda kembali ke Istana Buckingham, tempoh berkabung selama lapan hari akan berlangsung dan berakhir dengan pengebumian baginda di Westminster Abbey.

Tahap keselamatan penuh akan dipertingkatkan dan dipeluaskan oleh seluruh negara Britain. Termasuk operasi keselamatan untuk menguruskan orang ramai yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kesesakan lalu lintas dapat dilihat, dalam kata-kata satu memo rasmi.

Sumber: Mail Online

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.