Veteran ATM tidak berpencen kategori B40 terima Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan
Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) mengumumkan bahawa veteran ATM yang tidak berpencen dan kategori B40 akan menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM 300 sebulan.
Perkara berkenaan dilaporkan oleh BERNAMA melalui tweet ringkas yang memetik kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menerusi tweet berkenaan juga, MINDEF turut memaklumkan bahawa pihaknya selesai membuat kajian pemberian Elaun Kenangan kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia
Berita lanjut menyusul.
▪️ Kementerian Pertahanan selesai kajian pemberian Elaun Kenangan kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia
▪️ Veteran ATM tidak berpencen kategori B40 terima Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan
— Hishammuddin pic.twitter.com/lIJ8li6BpQ
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 9, 2022
Sumber: BERNAMA