Siakap Keli
coder nombor satu dunia
Gambar: IIT Delhi website

Tewaskan 100,000 Pesaing, Kenali Kalash Gupta, ‘Coder’ IT Nombor Satu Dunia

Seperti yang diketahui, teknologi maklumat (IT) merupakan antara salah satu bidang yang ‘laku’ ekoran era pendigitalan semakin canggih dalam mempromosikan dunia kepada ‘kepantasan’ sosial kehidupan manusia.

Pelbagai kaedah diadakan bagi melahirkan generasi yang celik IT, bermula dari peringkat pengajian di universiti, pengalaman kerja sehinggalah ke acara pertandingan yang dilangsungkan secara lapangan.

Tahukah anda, sebuah pertandingan pengkodan (coding) yang pernah dianjurkan di India satu ketika dahulu berjaya melahirkan seorang pakar coding yang dianggap nombor satu di dunia?

Seorang pemuda bernama Kalash Gupta menjadi coder nombor satu dunia dalam pertandingan pengkodan CodeVita anjuran Tata Consultancy Services (TCS) yang berlangsung di Delhi.

Menariknya, dia diiktiraf sebagai coder nombor satu dunia setelah berjaya menewaskan kesemua 100,000 pesaingnya dari 87 negara di seluruh dunia yang turut sama ‘berentap’ dalam pertandingan tersebut.

Gambar: Youtube via India Times

Memetik laporan dari India Times, mengimbas kembali semasa ditemu bual pemberita, dia sendiri tidak menyangka dirinya mampu mencapai rekod tiga coder teratas daripada 100,000 peserta.

“Apabila saya sertai pertandingan itu,  saya tak pernah menyangka saya akan berada di top 3.

“Tetapi pengalaman ini akan saya ingati dan saya amat teruja dengan hadiah wang tunai sebanyak RM44,848,” katanya dengan nada gembira, seperti yang dilapor India Times.

Walaupun permulaannya Kalash tidak begitu yakin disebabkan telah mengambil masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah pertama, namun itu bukan penghalang untuk dia terus usaha berbanding berputus asa.

“Tetapi setelah mendapatkan momentum dengan selesaikan masalah lain, saya peroleh keyakinan akan berada dalam top 3,” ujarnya, memetik India Times.

Kalash, pelajar Institusi Teknologi India (IIT) dalam masa yang sama juga telah mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam bidang Sains Komputer dan Kejutureteraan untuk menyelesaikan masalah coding tersebut.

Sebelum memasuki pertandingan TCS CodeVita Musim 10, Kalash mendapat tempat ketiga dalam Peperiksaan Kemasukan (JEE) untuk kemasukan IIT sekaligus mengungguli seluruh zon Delhi.

CodeVita

Kredit: Indian Times via Kalash Gupta

Sementara itu, pertandingan CodeVita dianjurkan untuk mempromosi bidang coding sebagai ‘sukan’ bagi menggalakkan penyertaan coder IT dari seluruh negara (dan dunia).

Codevita juga dicipta untuk orang ramai menunjukkan kemahiran mereka dalam coding serta mendedahkan mereka cabaran kehidupan sebenar.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi TCS, K Ananth Krishnan ketika itu berkata, pihaknya amat teruja melihat kesemua empat peserta berjaya menyelesaikan 10 masalah coding yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya gembira CodeVita menggalakkan generasi muda untuk menulis kod yang baik dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah yang mencabar,” katanya setelah pertandingan itu selesai.

Bagi pertandingan musim ke-10, pemenang mendapat hadiah utama berbentuk wang sebanyak RM44,848 manakala naib juara serta penerima kedua menerima sebanyak RM31,500 dan RM13,500.

Kesemua pemenang yang terlibat dimaklumkan memperoleh peluang menjalani latihan industri di organisasi Penyelidikan dan Inovasi TCS.

Sumber: Indian Times

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.