Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 magnitud telah melanda Rantau Kepulauan Filipina pada jam 4.14 petang tadi.
Menurut Met Malaysia, pusat gempa itu difahamkan terletak di 6.4 darjah Utara dan 127.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Tambahan lagi, gegaran itu dapat dirasai sejauh 160 kilometer Barat Daya dari Bandar Tagum, Filipina.
Bagaimanapun, gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada malaysia.
Gempa bumi sederhana M5.7 di Rantau Kepulauan Filipina pada 4:14 petang, 12 September 2022. Pusat gempa bumi di 6.4° Utara dan 127.8° Timur dengan kedalaman 10 km. 160km Barat Daya dari Bandar Tagum, Filipina.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia pic.twitter.com/YbdJUUlzIm— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) September 12, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia