Siakap Keli
Gambar: Carryology

Setiap Rumah Wajib Ada, Ketahui Apa Itu ‘Bug Out Bag’ & Senarai Barang Perlu Diisi Dalamnya 

Setiap Rumah Wajib Ada, Ketahui Apa Itu ‘Bug Out Bag’ & Senarai Barang Perlu Diisi Dalamnya 

Seperti yang diketahui, negara sering kali dilanda bencana banjir termasuk di kawasan-kawasan bandar besar. Perubahan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan bencana tersebut.

Tambahan lagi, menjelang penghujung akhir tahun, Malaysia kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa hingga menyebabkan beberapa negeri bakal dilanda ‘bah’ atau banjir.

Bencana banjir menyaksikan ramai jiwa yang terkorban akibat dihanyutkan arus deras, lemas dan terkena renjatan elektrik. Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh terjadi sekiranya orang ramai tidak peka dengan situasi yang bakal dihadapi.

Lantaran itu, orang ramai perlu bertindak selangkah ke hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi, sesuai dengan pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap rumah perlu mempunyai Bug Out Bag (BOB).

Apa itu BOB?

Menurut infografik yang dikongsikan oleh Berita RTM, BOB merupakan sebuah beg yang mengandungi barangan keperluan yang mampu bertahan selama 72 JAM sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Beli beg di sini : https://shopee.com.my/

Persediaan ini bagi memudahkan tindakan yang lebih efektif sewaktu berlakunya kecemasan yang tidak dijangka. Sehubungan itu, BOB perlulah diletak pada tempat yang mudah dicapai.

Sewaktu berlakunya bencana yang tidak dijangka, pelbagai barangan atau dokumen penting perlu dibawa bersama termasuk pakaian, kasut, selimut, lampu suluh, bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan, wisel, makanan tahan lama/ransum, air kit kebersihan, telefon, bateri pengecas telefon dan wang tunai.

Di samping itu, seorang pengguna Twitter, @Hfnz9 turut berkongsikan beberapa alatan lain yang turut boleh dimuatkan dalam BOB. 

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Pengecas solar memang sesuai dimasukkan dalam list BOB. Back up kepada powerbank sewaktu bencana.

Beli Pengecas Solar di sini : https://shopee.com.my/

Meal ready to eat (MRE) sesuai kerana tarikh luput MRE panjang. Banyak dah orang jual dekat Shopee.

Beli Meal Ready to Eat di sini: https://shopee.com.my/

Dry bag. Boleh digunakan untuk simpan barang penting seperti handphone, powerbank, wallet dan juga baju yang belum digunakan. Boleh dijadikan pelampung ketika waktu memerlukan.

Beli Dry Bag di sini: https://shopee.com.my/

Mini stove & gas. Boleh digunakan untuk panas rangsum & air. Jika terkena hiportemia kita boleh gunakan untuk memanaskan badan.

Beli Mini Stove di sini: https://shopee.com.my/

Walkie talkie/radio/handy. Boleh digunakan untuk minta bantuan menggunakan frequency kecemasan yang telah ditetapkan semasa bencana. Selain itu boleh juga dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menggunakan radio.

Beli walkie talkie di sini: https://shopee.com.my/

Emergency blanket boleh digunakan jika ketiadaan pakaian kering. Ia berfungsi untuk memanaskan badan dan mengelakkan hiportemia/kesejukan melampau.

Boleh beli dekat decathlon harga dalam RM10.

Beli Emergency Blanket di sini: https://shopee.com.my/

Life jacket penting bagi mereka yang tak reti berenang. Boleh juga kita gunakan untuk menyelamat orang lemas semasa keadaan memerlukan.

Beli Life Jacket di sini: https://shopee.com.my/

Lifestraw & sawyer. Kita boleh minum air banjir menggunakan penapis air ini jika keadaan memerlukan. Lifestraw atau sawyer tak tapis virus dalam air. Jadi lepas tapis, kalau tak boleh masak, purify dgn aquatabs dulu baru minum.

Beli Lifestraw di sini: https://shopee.com.my/

Untuk kurangkan beban pada lifestraw, buat tapisan pertama guna kain dulu utk tapis kotoran kasar mcm pasir/lumpur.

Ringkasnya, Bug Out Bag (BOB) ini sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ataupun darurat kerana mampu memberikan bantuan selama 72 jam.

Sumber: BeritaRTM, Twitter @Hfnz9

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.