Siakap Keli
anak maut treler langgar
Gambar: Wales News Service via Metro UK

Anak Maut, Ayah ‘Tak Sengaja’ Langgar Ketika Memandu Treler

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dilanggar ayahnya semasa bermain basikal bersama kakak dan sepupunya dalam kejadian di ladang desa di Efailwen, Pembrokeshire, Wales baru-baru ini.

Wales News Service melaporkan, Ianto Jenkins terbunuh secara tragis apabila ayahnya, Guto Jenkins, 32, melanggar kanak-kanak itu dengan treler sepanjang lapan kaki yang dipenuhi tanah secara tidak sengaja selepas pulang dari ladang.

Terkejut menyaksikan insiden itu, kakak Ianto kemudiannya menjerit dan berlari ke arah neneknya yang sibuk bekerja dalam rumah ladang sambil memberitahu bahawa kanak-kanak itu sudah mati.

Selepas itu, neneknya bergegas keluar dan menyangka Ianto hanya jatuh daripada basikal, namun sangkaannya meleset setelah dia semakin hampir ke arah cucunya itu dan mendapati tubuh kanak-kanak itu kaku.

Semasa kejadian berlaku

Gambar: Wales News Service via Metro UK

Jenkins berkata, sebelum kejadian Ianto bermain bersama kakaknya dan sepupunya di halaman ladang di luar rumah utama, dalam masa sama pintu pagar sudah ditutup bagi tujuan keselamatan.

“Saya sudah memeriksa kedua-dua cermin sisi yang menunjukkan bahagian belakang dan sisi treler dengan jelas.

“Kemudian saya pusing ke belakang bahu untuk periksa bahagian berhampiran ‘titik buta’ (blind spot) dan lepas berpuas hati, saya terus bergerak ke depan menaiki laluan ladang menuju ke jalan raya,” katanya memetik Wales News Service.

Ujarnya lagi, dia ketika itu telah berhenti secara perlahan dalam keadaan terkawal dan treler tidak menunjukkan sebarang pergerakan untuk terundur ke belakang.

“Satu-satunya perkara yang saya boleh fikirkan sekarang ialah sama ada Ianto berada dalam keadaan buta (berada dalam blind spot) atau bergerak sekitar treler semasa saya melihat cermin yang lain,” katanya.

Tambah Jenkins, dia memang tidak dapat melihat kelibat Ianto walaupun sudah memeriksa cermin sisi treler berkali-kali sebelum berundur.

Gambar: Wales News Service via Metro UK

“Apabila saya berada di atas jalan raya, saya menerima panggilan daripada ibu dan dia terus mengatakan bahawa Ianto telah meninggal dunia.

“Itu merupakan panggilan terburuk dalam sejarah hidup saya,” ujarnya lagi.

Ibarat hari yang tidak dapat dilupakan, Jenkins berkata kematian anaknya merupakan mimpi ngeri  dalam hidupnya.

Ujarnya, dia tidak dapat melupakan pengalaman itu dan masih ‘terkenang-kenang’ mengenai kejadian tersebut.

“Setiap hari saya teringat akan peristiwa yang berlaku dan rasa bersalah akan kekal bersama saya sepanjang hayat saya,” katanya lagi.

Hasil bedah siasat

Sementara itu, pemeriksaan bedah siasat mendapati Ianto mengalami kecederaan pada kepala yang mengakibatkan kematian serta merta.

Inspektor Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan, Rhys Hughes berkata, darah yang ditemui pada treler menunjukkan Ianto telah dilanggar oleh hentaman treler itu.

Sumber: Metro.Co.UK

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.