Beberapa Hari Hilang, Mayat Lelaki Dipercayai Saksi Kes Rasuah Ditemui Rentung Tanpa Kepala
Mayat mengerikan seorang lelaki dipercayai saksi kes rasuah ditemui dalam keadaan hangus dibakar dan tanpa kepala, di Kota Semarang Indonesia, 8 September lalu, lapor CNN Indonesia.
Mangsa yang berusia 51 tahun merupakan seorang penjawat awam negeri (PNS) sebelum ini dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu.
Memetik CNN Indonesia, mangsa menghilangkan diri sebelum sempat disoal siasat pihak Polis Daerah Jawa Tengah sebagai saksi kes dakwaan rasuah pemindahan aset, di tempatnya bertugas di Badan Pengelola Pendapatan Daerah (Bapenda) Pemkot Semarang.
Pengarah Siasatan Jenayah Umum Polis Jawa Tengah, Djuhandani Raharjo Puro berkata, siasatan awal mendapati bahawa ada tanda-tanda lelaki berkenaan menjadi mangsa pembunuhan. Bagaimanapun pihaknya perlu menanti laporan bedah siasat dan forensik sebelum pengesahan dibuat.
Disamping itu, terdapat juga kesan dari anggota badan mangsa disyaki akibat penganiayaan. Bagaimanapun, mereka perlu menunggu keputusan pemeriksaan dari makmal forensik untuk mengesahkan hal tersebut.
Mayat mangsa lelaki rentung tanpa kepala itu ditemui dalam keadaan hampir 100 peratus terbakar, dimana motosikal yang dipercayai ditunggang mangsa dan ditemui berhampiran mayatnya juga berada dalam keadaan hampir hangus terbakar.
Pihak polis percaya mayat yang ditemui itu meruapakan saksi kes rasuah yang hilang selepas membuat penelitian keatas nombor pendaftaran motosikal tersebut. Warna nombor plat iaitu warna merah merupakan kenderaan rasmi di tempatnya bertugas.
Selain itu, mereka juga menemui tanda nama yang tertera nama mangsa yang sudahpun terbakar.
BACA: Seluruh Dunia Sama, Rupanya Ini ‘Punca’ Sebenar Semua Tayar Dicipta Berwarna Hitam
Sumber: CNN