Siakap Keli
Rupanya Ini Punca Kutu Beras Membiak

Bekas Dah Tutup Ketat, Tapi Tetap Ada ‘Bubuk’ Merayau? Rupanya Macam Ni Kutu Beras Muncul & Cara Nak Basmi

Bekas Dah Tutup Ketat, Tapi Tetap Ada Kutu Merayau? Rupanya Macam Ni Kutu Beras Muncul & Cara Nak Basmi

Beras merupakan makanan ruji bagi sebahagian besar orang asia termasuk di Malaysia. Boleh dikatakan sekurang-kurang dalam sehari, sekali pasti perlu makan nasi untuk mengekalkan tenaga bagi meneruskan pekerjaan harian.

Pada kebiasaannya, hidangan nasi akan dimakan dengan pelbagai jenis lauk termasuk sayuran dan ulam-ulaman. Bagi penggemar makanan bercili dan pedas, aneka sambal adalah wajib seperti sambal belacan, budu untuk menaikkan lagi selera makan. 

Umum mengetahui nasi berasal daripada pokok padi yang kemudian diproses menjadi beras kemudian dipasarkan ke seluruh negara. Di Malaysia pusat tanaman padi terbesar adalah di Kedah dan juga Selangor.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana beras yang telah dibungkus dengan kemas oleh pengilang masih mempunyai bubuk atau kutu beras meskipun bungkusan itu masih lagi belum dibuka. 

Menjawab persoalan berikut, suka Siakap Keli ingin berkongsi punca adanya kutu beras dalam bungkusan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Naim AJ Pest. Selain itu, beliau juga turut menyelitkan beberapa tips untuk menghalau dan menghalang kutu nasi dari menetas serta membiak. 

Ikuti perkongsian di bawah dan semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua. 

Kutu beras / Bubuk / Rice Weevil macam mana dia boleh ada dalam beras kita walaupun masih dalam bungkusan dan belum dibuka? 

Kutu beras atau Rice Weevil ni merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.

Macam mana dia boleh ada dalam beras walaupun beras tu kita baru beli ? Serangga ni sebenarnya dia bertelur di dalam beras tu sendiri. Dia akn jadikn sebutir beras kita tu sbg tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dengan menebuk isi dlm beras tu sehingga kosong.

Gambar via Naim AJ Pest
Gambar via Naim AJ Pest

Bila dh sampai tempoh matang serangga ni akn keluar dari beras yg jd tempat tinggal dia kemudian dia akan meneruskan hidup dengan memakan beras yg lain. Dalam masa yg sama dia akan biak kan lagi telur dia kedalam beras yg lain.

Sebab tu bila kita jarang masak cepatlah dia keluar, yg rajin masak nasi tu binatang ni tak sempat keluar sbb kita dah masak beras yg ada telur dia tu sekali jd nasik..dpt lah extra protein. tp takde masalah pon kalau termakan telur kutu beras ni.

Gambar via Naim AJ Pest

Cuma kalau beras yg ada masalah kutu ni beras dia cepat hancur, kalau dimasak nasik tu jd tak tahan lama dan cepat basi sbb dah contaminated.

Gambar via Naim AJ Pest

Macam mana nak keluarkan kutu beras ni ? Serangga ni dia sgt sensitif dengan suhu. Paling mudah jemur je tengah panas bawah matahari dlm 15-20 minit. Nanti kutu tu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras tu kita tebar atas talam ya, mudah skit dia nak lari.

Macam mana pula cara nak prevent kutu beras ni? Pertama sekali, anda boleh gunakan daun Bay Leave dan letak dalam bekas beras (Daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan). Selain itu, boleh juga menggunakan lada hitam kerana memiliki kandungan toksik yang tinggi kepada serangga ini. Tabur je sikit ke dalam bekas beras. 

Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan vacuum pack untuk menyimpan beras. Hal ini akan membuatkan telur-telur kutu beras tidak akan menetas dan yang terakhir anda boleh simpan beras dalam peti sejuk. Kaedah ini amat jarang dilakukan tetapi berkesan kerana kutu berasa sensitif terhadap suhu sejuk. Jadi, dia tidak boleh hidup.

BACA: Kajian Dapati Lelaki Lebih Rela Habiskan Gaji Buat Pasangan, Anak-anak & Keluarga

Sumber: Naim AJ Pest ( Twitter) 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.