Kajian Dapati Lelaki Lebih Rela Habiskan Gaji Buat Pasangan, Anak-anak & Keluarga
Majoriti lelaki sebenarnya dikatakan mempunyai sikap murah hati dan tidak kedekut atau berkira kepada pasangan. Malah, lelaki juga didapati tidak lokek untuk berbelanja, khususnya buat pasangan ataupun ahli keluarganya.
Sebuah kajian telah dijalankan di United Kingdom mendapati bahawa lelaki lebih bermurah apabila tiba waktunya untuk mengeluarkan wang tunai. Lelaki didapati membelanjakan sekitar 21 peratus pendapatan mereka untuk pasangan, manakala wanita hanya membelanjakan kira-kira 9 peratus untuk tujuan yang sama.
Memetik Liputan 6, kajian itu dilakukan terhadap 3,999 lelaki yang membeli belah secara dalam talian di YouGov’s BrandAlley. Ia bertujuan untuk melihat keutamaan lelaki dalam membahagikan hasil pendapatan mereka untuk pasangan, anak, rakan, keluarga serta diri sendiri.
Dari 3,999 individu tersebut, 64 peratus dari mereka mengatakan bahawa sebahagian besar dari hasil pendapatan tahunan mereka diberi atau digunakan untuk orang lain.
Difahamkan, pada Disember ramai orang yang menghabiskan duit mereka untuk keluarga (31%) diikuti dengan anak-anak (21%), pasangan (11%) dan akhir sekali untuk kawan-kawan yang melebihi 1% berbanding dirinya sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif BrandAlley, Rob Feldmann berkata, pada Disember semua orang berada dalam mood berbelanja dan ia adalah waktu terbaik untuk melakukan tinjauan kepada pengguna mengenai tabiat perbelanjaan mereka sepanjang tahun dan mengambil tahu ke mana sebahagian besar pendapatan mereka disalurkan.
“Hal ini sangat menarik untuk diperhatikan bahawa lelaki menghabiskan lebih banyak duit untuk pasangan mereka berbanding wanita,” jelas Feldmann dipetik dari FemaleFirst menerusi Liputan 6.
BACA: Brazil Arah Apple Henti Jual iPhone Tanpa Pengecas, Dakwa Sengaja Diskriminasi Pengguna
Sumber: Liputan 6