Siakap Keli
Kebakaran Di Asrama Tahfiz As Sofa
Gambar: Ihsan Bomba Via Kosmo!

Bangunan Asrama Tahfiz Di Seremban Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Bangunan Asrama Tahfiz Di Seremban Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah bangunan asrama Tahfiz Rendah As Sofa di Dataran Sentral, Seremban sebentar tadi.

Menurut Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Kamal Mohd. Timar, pihak bomba yang menerima info mengenai kejadian pada jam 8.22 malam telah bergegas ke lokasi kejadian, lapor Kosmo!.

Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ekoran seluruh pelajar tahfiz berkenaan menyedari insiden itu dan bertindak menyelamatkan diri.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat asrama Tahfiz Rendah As Sofa di bahagian aras dua dan tiga.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan api berjaya dikawal pada pukul 9.04 malam tadi,” jelas Mohd Kamal menerusi Kosmo!,

Sumber: Kosmo!

BACA: Belum Ada TikTok, Ini 7 Mainan ‘Rare’ Zaman Dulu Yang Sangat Rugi Budak Sekarang Tak Rasa

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.