Dipercayai Penemuan Tertua Di Dunia, Gigi Manusia Purba Berusia 1.8 Juta Tahun Ditemui
Sekumpulan ahli arkeologi di Georgia dilaporkan telah menemui gigi manusia purba yang dianggarkan berusia 1.8 juta tahun lalu, lapor The Guardian.
Difahamkan, penemuan gigi itu terletak berhampiran perkampungan Orozmani yang terletak kira-kira 96.5 kilometer di barat daya ibu kota Georgia, Tbilisi dan Dnamisi.
Penemuan gigi di lokasi tersebut merupakan penemuan tertua di dunia selepas manusia purba berhijrah dari Afrika. Perkara itu telah memberikan gambaran kepada saintis mengenai evolusi awal manusia serta corak penghijrahan.

Menurut pakar, penemuan di tapak tersebut memberikan banyak petunjuk berhubung kawasan pergunungan selatan Caucasus yang dipercayai menjadi kawasan pertama manusia purba menetap selepas berhijrah dari Afrika.
Ketua Santifik Pasukan Arkeologi, Giorgi Bidzinashvili berkata dia menyangka bahawa gigi itu merupakan milik fosil tengkorak yang diberikan nama “sepupu” Zezva dan Mzia berikutan ia ditemui di Dmanisi.
“Kesan peninggalan manusia purba yang ditinggalkan 1.8 juta tahun lalu bukan sahaja untuk Georgia dan ia sangat berharga.
“Ia menjadi bukti bahawa Georgia sangat penting untuk kajian paleoantropologi dan kisah manusia secara umum,” kata Ahli Arkeologi British, Jack Peart yang menemui fosil gigi itu.

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Arkeologi dan Prasejarah Georgia menjelaskan bahawa lokasi Orozmani dan Dmanisi mewakili pusat penempatan tertua manusia purba di dunia.
Para saintis mempercayai bahawa manusia prasejarah itu merupakan spesies pemburu dan pengumpul yang dikenali sebagai Homo erectus. Mereka dianggarkan berhijrah dari Afrika sekitar 2 juta tahun lalu sebelum menetap.
Peralatan prasejarah turut ditemui sewaktu zaman moden China yang berusia 2.1 juta tahun lalu. Tapak Georgia dipercayai merupakan penempatan pertama kepada spesies manusia purba yang belum pernah ditemui di luar Afrika.
Terdahulu, tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun turut ditemui di lokasi sama pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.
Sumber: The Guardian