Siakap Keli
Gambar via Gulf News

Dubai Bangunkan ‘Daerah Teknologi Urban’, Janji 4,000 Peluang Kerja

Sebuah industri teknologi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal membangunkan sebuah ‘Daerah Teknologi Urban’ di Al-Jaddaf, Dubai dan menjanjikan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi hijau, pendidikan dan latihan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) URB, Baharash Bagherian berkata, “Dubai imerupakan lokasi yang tepat bagi mendahului transformasi teknologi urban berbanding dengan bandar-banadar lain di seluruh dunia.

“Dengan jumlah keluasan sebanyak 140,000 meter persegi, tempat ini akan menjadi sebuah daerah teknologi urban terbesar di dunia. Perkara ini menjadikan Dubai sebagai pusat tumpuan untuk inovasi ini,” katanya, memetik Gulf News.

Secara umumnya, teknologi urban akan memberi ‘penyelesaian’ terhadap isu-isu yang melibatkan pembandaran pesat, seperti jaminan sumber makanan, tenaga boleh diperbaharui yang mampu milik dan sebagainya.

Selain itu, daerah berteknologi hijau itu akan menyediakan beberapa kemudahan untuk tujuan konferens, latihan, penyelidikan dan inkubator perniagaan, yang mana terdapat satu pihak yang akan membantu syarikat baharu untuk memulakan langkah dalam bidang perniagaan.

Gambar via Gulf News

Difahamkan bahawa Dubai telah mengetuai beberapa kluster yang didedikasikan untuk bidang-bidang tertentu seperti media, internet termasuklah e-dagang dan logistik. Akan tetapi, pencapaian ini merupakan hasil usaha yang dibina oleh perusahaan di bawah kerajaan negara tersebut secara dasarnya.

Syarikat URB Yang Menerajui Projek Daerah Teknologi Urban

Untuk pengetahuan, syarikat URB yang menerajui projek ini berpangkalan di sebuah kawasan yang dikenali Dubai Design District. Dalam laman web syarikat tersebut, pihaknya menekankan bahawa projek-projek bandarnya berdasarkan prinsip ‘Net Zero Sustainable Cities‘.

Syarikat ini juga telah menyenaraikan Bandar Pintar Alnama di Riyadh dan Bandar Xzero di Kuwait sebahagian daripada portfolio syarikatnya.

Menurut syarikat URB, cadangan projek ini akan menggalakkan pertumbuhan teknologi bandar dalam skala yang lebih besar di Dubai. Projek ini juga mampu menjana peluang pelaburan kepada pakar-pakar inovasi untuk mengatasi kebanyakan isu berkaitan dengan bandar-bandar mampan.

Gambar via Gulf News

Tambahnya lagi, daerah ini akan menghasilkan peluang kepada syarikat-syarikat inovasi yang memerlukan sebuah platform untuk berkembang dengan lebih pesat.

Akhir sekali, Daerah Teknologi Urban yang diusulkan ini juga akan menjadi sebuah institusi yang berdedikasi.

“Institusi ini akan memberikan pelbagai peluang untuk merintis inovasi-inovasi baharu berdasarkan penyelidikan praktikal, yang akan mendorong kerjasama daripada pelbagai pihak, sama ada sektor kerajaan atau pun swasta,” ujar pemaju.

Beliau juga menambah, “Oleh sebab itu,  ia akan membantu mempercepatkan peralihan dunia ke arah pembangunan mampan pada akhirnya,”

Sumber: Gulf News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.