Siakap Keli
bahaya charlie
Gambar: Dr. Aween

“Jangan Tepuk Kalau Ia ‘Landing’ Pada…”, Doktor Dedah Bahaya Charlie & Ini Cara Lawan Yang Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebiasaannya Paederus Dermatitis atau dikenali sebagai semut Charlie membiak di tempat kawasan yang mempunyai takungan air seperti di kawasan paya, pertanian dan kawasan sawah padi.

Namun kebanyakan orang awam sudah tentu tahu akan bahayanya serangga kecil tersebut. Pasti terbayang-bayang kesan luka pada kulit yang teruk akibat gigitannya yang dikatakan sangat gatal dan berbisa.

Sehubungan itu, ahli dermatologi, Dr. Aween Liana Kamal atau dikenali Dr_Aween_Liana di laman Twitter, berkongsi serta mendidik orang awam berkenaan serangga Charlie tentang tabiat, risiko dan cara menangani serangannya.

Dalam bebenang yang dikongsikan baru-baru ini, Dr Aween menjelaskan bahawa gigitan semut Charlie akan meninggalkan kesan kissing lesions atau luka ciuman’ di mana luka terhasil daripada luka kulit pertama.

“Ini ialah ‘luka cium’. Ia disebabkan oleh kumbang Paederus. Anda mungkin jarang dengar dengan istilah Paederus, tapi saya yakin anda mesti selalu dengar (istilah) semut Charlie kan? Terutamanya yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya dalam bebenang itu.

Gambar via Twitter Dr Aween

Bukan semut, tapi kumbang

Walaupun pada asalnya ramai yang mengetahui Charlie sebagai semut namun ia sebenarnya merupakan sejenis kumbang yang bersayap.

“Ia sebenarnya tidak tepat untuk memanggil Charlie sebagai semut, sebab ia sebenarnya ialah kumbang. Sudah tentu (pada asalnya) ia dianggap semut sebab berjalan di atas tanah. Tapi semut kan tiada sayap dan Charlie ada. Sebab itu ia boleh terbang,” tambahnya.

Ujarnya, gigitan yang dipanggil luka ciuman itu adalah ekoran serangga berkenaan merembeskan cecair toksin pada kulit yang menyebabkan kerengsaan berlaku.

“Apa-apa pun, sebab kenapa ia disebut ‘luka ciuman’ adalah bukan kerana kumbang Charlie itu cium anda. Its more of an acute irritant contact dermatitis.

“Anda boleh lihat, kumbang ini biasanya akan ‘bekerja’ pada waktu malam. Ia sejenis nocturnal macam kelawar. Ia akan bertebaran bebas di dalam bilik anda dan akan landing pada kulit anda secara tiba-tiba,” tambahnya.

Pada awalnya, mungkin tidak ramai yang menyedari akan gigitan serangga itu namun lama-kelamaan, tempat (kulit) yang digigit itu akan meninggalkan iritasi ekoran toksin yang dirembeskan olehnya.

“Anda tidak akan perasaan pada awalnya (ketika digigit), kemudian anda terus menepuknya (penyek). Kumbang itu mungkin mati, tapi kesan tepukan itu akan merembeskan cecair toksin ke dalam kulit.

Kredit: Dr Aween

“Katakanlah ia ditepuk antara dua permukaan di siku atau lutut, kemudian anda dapat dua luka atau ‘luka ciuman’! Macam ala-ala art work butterfly kita buat kecil-kecil dulu. Penah buat kan? Haha interesting kan?” katanya menerangkan mengenai gigitan Charlie.

Tambahnya, gigitan itu boleh hilang dengan sendiri namun apa yang merunsingkan orang ramai adalah parut yang ditinggalkan oleh Charlie.

Kredit: Dr Aween

“Biasanya, luka ini akan sembuh. Ia akan menghilang dengan sendirinya atau anda boleh sapukan steroid yang sesuai untuk membantu proses sembuh. (Namun) satu masalah lain menanti, kesan titik gelap pada kulit akibat gigitan tersebut,” katanya.

Cara-cara tangani serangan Charlie

Dalam pada itu, beliau turut memberikan tips untuk menghalang serangga tersebut bertebaran di kawasan rumah. Katanya, orang ramai boleh cuba kurangkan penggunaan cahaya kerana Charlie sangat mudah tertarik dengan lampu pijar dan pendarflour.

“Tutup semua pintu dan tingkap pada waktu malam! Gunakan juga semua ‘alat’ yang anda ada di tangan untuk bunuh kumbang itu seperti aerosol, perangkap bergam (glue trap) dan seumpamanya.

“Jangan tepuk kalau ia landing pada badan anda. Cuma boleh tiup (halau) dengan berhati-hati. Tiup kuat sangat satgi Charlie ingat ribut taufan. Nak nak orang yang tiup tu baru lepas makan kari, pengsan Charlie haha,” tambahnya berseloroh.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, kalau kumbang itu ditepuk / bunuh secara tidak sengaja, mangsa perlu membersihkan kawasan terkesan itu dengan air dalam kadar segera.

“Jangan..saya ulang jangan sentuh mata anda. Anda boleh dapat jangkitan! Kalau anda ada alami reaksi kulit susulan macam ulser atau melepuh, sila dapatkan rawatan perubatan segera!,” tegasnya mengakhiri perkongsian tersebut.

Gambar via Dr. Aween

Sumber: Dr Aween Liana Kamal via  Twitter

Nurhanis

noktah