Siakap Keli
Apa Itu Gegata Atau Bintat Serta Puncanya
Kredit Dr Aween

“Kadang-Kadang Pedih,” Ketahui Apa Itu Gegata Atau Bintat Serta Puncanya

“Kadang-Kadang Pedih,” Ketahui Apa Itu Gegata Atau Bintat Serta Puncanya

Anda pasti ada pengalaman badan naik gatal-gatal dan kemudian boleh merebak ke satu badan.

Keadaan itu dipanggil gegata, di mana rasa gatalnya sangat teruk dan membuatkan anda menggaru tanpa henti. Semakin kita garu semakin ia akan merebak ke kawasan lain.

Mereka yang pernah merasainya saja tahu bagaimana peritnya apabila ia berlaku. Anda kena menggaru satu badan dan ianya tidak melegakan malah msalah gatal itu semakin kuat.

Bagaimanapun, mungkin masih ramai yang tidak tahu tentang apa itu gegata dan apa punca ianya berlaku.

Justeru, mari ikuti perkongsian seorang doktor pakar kulit, Dr Aween Liana mengenai gegata.

Hello orang ramai!

Pernah tak dapat gegata (macam kena gigit nyamuk tu) banyak kali, berminggu-minggu? Gatal dia is sooooo bad, hanya Tuhan je tahu. Rasa nak nangis kadang-kadang tu. Dah cuba avoid habis semua makanan, tapi jadi jugak?

Threads!

1. Urticaria adalah gegata. Atau orang kita panggil bintat. Boleh jadi gatal yang amat or kadang-kadang pedih. Gatal dia tu bukan main-main tau, ada pesakit smpai nak gosok kulit dengan kertas pasir sebab tak tahan sangat. Hanya yang pernah dapat je tau betapa seksanya perasaan gatal tu.

Kredit Dr Aween Liana

2. Urticaria kalau jadi almost setiap hari lebih dari 6 minggu, dikira sebagai chronic urticaria. Kalau less than 6 weeks, thats acute urtciaria (kita cover lain kali). Chronic urticaria ada 2 ; chronic spontaneous urticaria dan chronic inducible urticaria (CIU). Ok jom sentuh CIU.

3. CIU berlaku sebab ada benda luar yang sebabkan gegata ni. Sebab tu namanya inducible. Induce = mendorong. Sebab-sebab CIU ni ada banyak. Don’t worry, we’ll go thru one by one.

i. Dermographism – gegata naik bila kita lukis/garu dekat kulit. Yang ni bebudak suka, sebab mereka rasa ada superpower sebab konon keluar tulisan dekat kulit mereka haha cute.

Kredit Dr Aween Liana

ii. Cold urticaria – bila terdedah pada udara sejuk, air sejuk, ais. Yang ni boleh bahaya especially kalau pesakit tu pergi berenang. Boleh sampai tekanan darah turun (shock), pengsan dan lemas.

iii. Heat urticaria – kalau ada sejuk, mesti ada panas kan? Ni kalau terdedah kepada suhu panas.

iv. Aquagenic urticaria – aqua is water. So yang ni jadi kalau kena air. Kesian sangat ni, sebab ada pesakit, setiap kali lepas mandi confirm naik. (ps : dulu masa study aquagenic urticaria, mesti teringat aquaman haha. Nasib baik dia takdak aquagenic urticaria kan? Kalau tak, nayaaaa badan!)

v. Cholinergic urticaria – ni kalau suhu badan tu naik, contohnya kalau lepas exercise, kalau sedih, or kalau lepas mandi air panas

vi. Solar urticaria – ni sebab kena pancaran matahari. Selalu dekat kawasan yang terdedah kena matahari. Kalau ada penyakit ni, kena cek penyakit lain seperti systemic lupus erythematosus.

vii. Vibratory urticaria – ni kalau sentuh benda2 bergegar. Selalu saya tanya pesakit, ada tak jadi gegata lepas guna blender ke…or masa driving or naik motor ke..

viii. Delayed pressure urticaria – ni kalau kena tekanan kuat pada kulit. Contohnya macam tali bra, seluar pinggang ketat.

ix. Last one, contact urticara – ni contohnya bila bersentuhan (contact) dengan benda seperti getah.

Kredit Dr Aween Liana

4. Ok that’s mainly unttk CIU. So kalau pesakit urticaria datang klinik, memang berbuih jugaklah mulut kita sebab history taking panjang betul. Kalau pesakit kata NO NO NO untuk semua soalan tu, so yang dia ada is chronic spontaneous urticaria. Urticaria yang jadi secara spontan. Ni nanti kita terang lain.

5. Maka dengan itu, kena ingat bukan semua gegata sebab allergic makanan sahaja. Kalau allergic makanan, selalunya jadi cepat, macam dalam setengah jam lepas makan. Bukan macam makan ikan pukul 8am, tiba naik gegata kul 10pm. Lama sangat dah tu.

6. So my fellow doctor friends, kalau pesakit request nak buat allergic test, its our job to take a full history and counsel them properly. Kalau betui history fits untuk food allergy, then boleh refer to us for allergic test…

Jangan simply buat allergic test ok, sbb test positive tak semestinya allergic. Kena berbalik kepada history semula. This is called clinical relevance. Ok itu sahaja for today. Semoga bermanfaat! Oh btw, I have chronic urticaria too. I wont tell u which one. Haha ok babai!

Dr Syazween Pakar Kulit

Ps : Image dari dermnet & carian google.

Ref : Bolognia Dermatology Textbook

Jika anda ada mengalami gejala seperti perkongsian di atas, diharap anda segera berjumpa pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan segera yang bertauliah. Diharapkan juga perkongsian ini dapat membantu anda untuk lebih mengenali apa itu gegata.

Sumber: Dr, Aween Liana

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.