Dua Pemuda Ditahan Polis, Tergamak Seksa Monyet Semata-Mata Demi ‘Content’
INDONESIA – Dua lelaki di Tasikmalaya tergamak menyeksa seekor anak monyet dan lutung demi content untuk dijual kepada pembeli, lapor Detik.com.
Dilaporkan, keadaan monyet dan lutung tersebut berjaya diselamatkan namun keadaannya amat membimbangkan.
Kedua-dua haiwan itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan di BKSDA Wilayah IV Tasikmalaya.
Polis menyatakan bahawa monyet dan lutung itu berada dalam keadaan lemah ketika diselamatkan. Haiwan itu kelihatan tidak aktif dan hanya berdiam diri.
“Monyet dan lutung yang telah dirampas telah diserahkan kepada BKSDA untuk proses pemulihan,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tasikmalaya AKP Ari Rinaldo ketika dihubungi, Rabu (14/9/2022).
Polis turut membongkar peranan kedua-dua suspek, lutung tersebut difahamkan milik salah seorang suspek manakala seorang lagi suspek berperanan membantu untuk menjual haiwan berkenaan.

“Pemilik lutung ini meminta bantuan lelaki tersebut untuk menjual haiwannya kerana mendapat permintaan,” kata Ari.
Kes ini dilaporkan masih disiasat oleh pihak polis. Polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam perniagaan membeli dan menjual haiwan yang jarang ditemui itu.
Hal ini kerana, polis menerima maklumat bahawa mereka turut menjual beberapa haiwan lain antaranya ialah musang.
Sumber : Detik.com
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang