Siakap Keli
remaja 15 tahun ditahan dipercayai curi bas
Gambar: Newswire

Remaja 15 Tahun Ditahan, Dipercayai Curi Bas Untuk Bertemu Teman Wanita

Remaja 15 Tahun Ditahan, Dipercayai Curi Bas Untuk Bertemu Teman Wanita

Seorang remaja dilaporkan telah mencuri sebuah bas untuk bertemu dengan kekasihnya dalam kejadian di sebuah stesen bas di Depoh, Sri Lanka, baru-baru ini.

Memetik laporan Newswire, suspek yang berusia 15 tahun itu tinggal di kawasan Siddamulla Mattegoda, sebuah bandar di Wilayah Barat negara itu.

Difahamkan, ketika kejadian pemandu bas berkenaan meletakkan kenderaan itu selepas tiba di stesen bas untuk membeli makanan sambil menyaksikan perlawanan akhir kriket Piala Asia 2022 bersama pemandu bas lain.

Namun, pemandu bas berkenaan menyedari bahawa bas miliknya telah hilang dan membuat laporan kepada Polis Piliyandala berhubung kes itu.

remaja 15 tahun ditahan dipercayai curi bas
Gambar: Newswire

Sementara itu, suspek dipercayai bertindak memeriksa bas tersebut yang diletakkan di kawasan berhampiran stesen itu dengan kunci yang ada bersama sebelum membawa lari kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, tindakan suspek berjaya dikesan oleh pihak berkuasa yang menjalankan operasi pemeriksaan berhampiran persimpangan Kesbawa-Piliyandala.

Remaja terbabit cuba melarikan diri daripada sekatan tersebut namun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Hasil soal siasat mendapati bahawa suspek ingin bertemu dengan teman wanitanya pada jam 8 malam waktu tempatan namun mendapati bahawa tiada bas sewaktu tiba di stesen berkenaan.

Suspek kini bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kesbawa untuk tindakan lanjut.

Sumber: 9GAG, NewsWire

BACA JUGA: Pernah Tular Jual Motosikal Ayah Untuk Jumpa ‘Kekasih’, Remaja Ini Dilapor Lari Dari Rumah Sekali Lagi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.