Wanita Dilapor Maut, Tergelincir Dalam Api Yang Marak Ketika Bakar Sampah
Seorang warga emas dilapor maut sewaktu membakar sampah di Padukuhan Dilem, Kapanewon Semin, Gunungkidul, di Yogyakarta semalam, lapor Kompas.com.
Menurut Ketua Polis Daerah Semin, Iptu Sumiran, mangsa merupakan seorang wanita berusia 76 tahun berasal dari kampung Padukuhan Dilem.
Sewaktu kejadian, wanita terbabit dipercayai sedang menyapu daun kering sebelum terbakar. Ekoran insiden itu yang berlaku pada waktu siang, api marak dengan pantas sebelum menyambar mangsa.
“Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam api yang sedang marak dan maut di tempat kejadian,” kata Sumiran.
Sementara itu, anak mangsa, 44 menjelaskan bahawa dia menemui mayat ibunya yang membersihkan sampah itu sekitar satu kilometer dari rumah mereka.

“Hingga jam 2 petang, anak mangsa mulai risau kerana ibunya yang belum pulang ke rumah dan memutuskan untuk mencarinya.
“Dia kemudiannya berjaya menemui mangsa namun sudah dalam keadaan tidak bernafas,” kata Sumiran lagi.
Mangsa kemudiannya telah dibawa pulang ke rumah hasil pertolongan penduduk kampung sebelum membuat laporan kepada Polis Semin.
“Susulan itu, anggota polis telah dikerahkan bersama pegawai perubatan untuk melakukan pemeriksaan ke atas jasad sebelum diserahkan kembali kepada ahli keluarga,” katanya lagi.
Beliau menyeru kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti dengan api terutamanya di kawasan yang mudah terbakar.
Sumber: Kompas.com
BACA JUGA: Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Jonker Walk