Siakap Keli
masuk telur dalam radiator
Kredit: TikTok

Pakar Ulas Sesuai Atau Tak Masuk Telur Dalam Radiator Kereta Kalau Saluran Bocor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa hari lepas, terdapat sebuah video tular di laman TikTok mengenai seorang individu yang meletakkan telur ke dalam saluran radiator kereta. Secara amnya, apa yang dilakukan oleh individu tersebut dikatakan agak ganjil.

Tindakan ini telah mengundang rasa hairan warganet di Malaysia. Lagi-lagi benda yang dimasukkan ke dalam saluran itu merupakan bahan yang boleh dimakan. Ramai warganet telah menzahirkan rasa skeptikal terhadap ‘metodologi’ yang digunakan oleh individu itu.

Sekarang, sudah pasti ramai yang menggarukan kepala mereka. Jangan risau, seorang jurutera, juga merupakan pakar dalam sistem penyejukan untuk mesin elektrik berprestasi tinggi bagi kegunaan kereta super/kereta hiper, hibrid dan kenderaan elektrik (Electric Vehicle, EV) memiliki jawapan untuk persoalan anda.

Dr Aid Fawzal telah menjawab persoalan ini menerusi akaun TikToknya (@aidofawzal8) pada 15 September baru-baru ini. Beliau menerangkan apa yang berlaku – tentang telur masuk dalam radiator – ketika dirinya kebetulan sedang buka radiator sewaktu itu.

Pada awalnya, Dr. Aid Fawzal bertanyakan soalan ini kepada kepada audiens, adakah perbuatan itu benar-benar berkesan untuk menstabilkan semua suhu radiator, setelah mengalami kegagalan untuk mengawal suhunya disebabkan kebocoran. Jawapan yang diberikan oleh jurutera ini adalah, YA!

Bagaimana Telur Menyelamatkan ‘Hari’ Anda?

Secara umumnya, cara ini boleh dikatakan agak ‘lejen’ kerana dipercayai telah lama digunakan oleh otai-otai kereta pada masa dahulu. Metodologi ini boleh digunakan jika kereta anda menggunakan teknologi lama.

Berbalik kepada persoalan utama, terdapat dua penerangan saintifik yang dapat membantu kita memahami, bagaimana telur dapat menstabilkan suhu dalaman kereta semula.

Untuk pengetahuan, jika saluran radiator mengalami kebocoran, agen penyejuk (wap air) akan tersejat dan akan keluar daripada saluran tersebut. Ini menyebabkan radiator gagal untuk menstabilkan suhu pada bahagian dalaman, sekali gus boleh membawa kepada masalah ‘overheating‘ atau lebih teruk lagi, kebakaran.

i. Pertukaran Jirim

Seperti yang kita pernah belajar sewaktu di bangku sekolah, jirim memiliki tiga bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas. Keadaan jirim telur mentah ialah cecair pada asalnya tetapi apabila didedahkan pada suhu tinggi dalam jangka masa tertentu, terdapat pertukaran jirim daripada cecair kepada pepejal. Dengan erti kata lain, telur itu sudah pun masak.

ii. Hukum Gay-Lussac

Kredit: Root of Science

Pernahkan anda melihat formula ini sewaktu mempelajari sains di sekolah menengah? Ini merupakan formula bagi Hukum Gay-Lussac. Menurut Hukum Gay-Lussac, apabila berlakunya pertambahan suhu, molekul gas berlanggar dengan dinding dalam bekas lebih kerap dan cepat.  Disebabkan isi padu bekas adalah tetap, maka suatu pertambahan tekanan gas akan berlaku.

Berdasarkan definisi ini, wap air akan keluar secara berterusan daripada saluran radiator yang sudah bocor, menyebabkan tekanan tidak stabil. Akan tetapi, kehadiran pepejal-pepejal telur ini akan menyebabkan perbezaan tekanan antara bahagian dalam dan luar kereta serta menutup kebocoran yang terdapat pada saluran radiator.

Namun berdasarkan penerangan saintifik sebentar tadi, metodologi ini hanyalah merupakan penyelesaian masalah yang bersifat sementara, bukannya selama-lamanya.

Selain itu, metodologi ini hanya dapat dilakukan jika anda berada dalam situasi kecemasan dan ingin memastikan kereta anda selamat sampai ke bengkel berdekatan, bukannya pergi merayau lebih jauh.

Masalah Lebih Besar Akan Menanti Anda

Diingatkan semula, bahawa telur tersebut selama-lamanya tidak akan menutup kebocoran pada saluran radiator. Jika ia sudah tidak lagi menutupi lubang kebocoran, ke manakah partikel ‘sup telur’ ini akan pergi? Sudah semestinya, ia akan pergi ke bahagian dalaman kereta yang lain.

Pepejal telur tersebut akan melekat pada beberapa bahagian dalam kereta seperti termostat, pam air dan enjin. Keadaan ini akan mengurangkan prestasi kenderaan tersebut untuk bergerak dengan lancar.

Bukan itu sahaja, malah anda juga perlu mencuci semula saluran radiator tersebut dan sudah semestinya, ia akan menghasilkan bahan buangan berupa keladak.

Kita juga perlu ingat akan sifat biologi telur tersebut, semakin lama anda membiarkannya, semakin lama ia terdedah dengan mikrorganisma. Pendedahan ini akan menguraikan struktur telur itu dan menghasikan bau yang sangat busuk.

Masih ada penyelesaian yang lebih berkesan dan efisien untuk masalah ini ke? Untuk memahami konteks ‘telur dalam radiator’ ini dari sudut saintifik daripada seorang pakar automotif dengan lebih terperinci, anda boleh dapatkan jawapannya dengan menonton video ini.

@aidofawzal8

Boleh ke baiki radiator bocor guna telor?? #tengahviral #rosak #kereta #radiator #malaysia

♬ original sound – Aido Fawzal

Sumber: @aidofawzal8 via TikTok

 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.