Siakap Keli
Kredit Suara.com

Menabung Tiga Tahun, Suami Isteri Beli Toyota Rush Bayar Guna Duit Syiling Penuh 9 Balang Air

Beli kereta ‘Cash’, suami isteri bawa 9 tabung balang air ke pusat jualan

Sepasang suami isteri berasal dari Kota Makasar, Sulawesi Selatan di Indonesia menabung duit syiling sebanyak sembilan balang air untuk membeli sebuah kereta Toyota secara tunai.

Suami isteri, Asriyadi Syamsuddin dan Ratna itu yang memiliki sebuah kedai runcit mengambil masa selama tiga tahun meyimpan duit-duit berkenaan.

Aktiviti mengumpul wang untuk membeli kereta itu bermula apabila pasangan itu melihat banyak baki wang syiling di rumah mereka, hasil daripada perniagaan di kedai runcit dan baki daripada hasil membeli belah.

Kerana terlalu banyak dan sukar untuk mengira jumlahnya, mereka mengambil keputusan untuk menyimpan wang-wang syiling itu dalam balang air kosong. Mereka menyimpan wang syiling Rp 500 dan Rp 1000, manakala wang kertas Rp 2000 disimpan dalam kotak berasingan.

Dari semasa ke semasa, selepas tiga tahun pasangan ini menyedari bahawa tabungan duit syiling yang dibuat selama ini sudah mencapai sembilan balang. Selepas dikira, jumlah simpanan yang dibuat melebihi Rp 162 juta (RM 49,000).

“Duit ini saya simpan selama tiga tahun, saya juga tidak menyangka sebanyak itu. Memang wang baki itu tadi datang dari hasil pembeli di kedai runcit dan daripada pemborong selepas membeli-belah untuk keperluan kedai runcit saya,” kata Asriyadi ketika berada di pusat jualan Toyota di Cokroaminoto, Makassar.

Suatu hari, si suami menjenguk bilik pameran Toyota dan bertanya sama dia boleh membeli kereta dengan wang syiling tersebut. Dia diberitahu Toyata menerima wang syliling tersebut sekiranya masih laku nilainya.

Bersetuju dengan penjelasan yang dibuat, Asriyadi membayar duit muka sebuah Toyota Rush sebelum hadir keesokkan harinya membawa sembilan balang air berisi duit syiling itu sebagai bayaran seterusnya.

Dia kemudiannya membayar wang deposit sebagai tanda pembelian kereta itu dan keesokan harinya kembali membawa bersama baki wang yang disimpan di dalam sembilan balang air.

Kredit Suara.com

“Kami memang berniat mahu membeli kereta, sebab susah nak pergi membeli barang keperluan kalau pakai motor. Jadi saya memasang niat dan akhirnya Allah makbulkannya. Tiga tahun terkumpul jumlahnya melebihi RM 49,000,” jelasnya.

Ketua Cawangan Toyota Cokroaminoto, Ariefyanto Arsjad berkata, ia adalah pembelian kereta hasil daripada wang baki yang pertama terjadi di tempatnya. Dia menerima wang itu kerana dia adalah hasil wang yang sah, walaupun ia perlu dikira secara berkumpulan.

Setelah dikira duit syilingnya adalah sebanyak RM 16,000 dan wang kertasnya sebanyak RM 33,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM 49,000.

“Mereka mahu membeli Toyota Rush yang berharga RM 82,000. Encik Asriyadi sudah membayar wang deposit RM 3,000 dan wang selebihnya akan dibayar apabila kereta diserahkan kepada mereka,” akhiri Ariefyanto.

Sumber: Suara.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.