Siakap Keli
Kredit Bangkok Post

Pelajar Maut Peluru Kena Mata, Pistol Buatan Sendiri Dibawa Rakan Ke Sekolah Tak Sengaja Meletup

Pelajar Maut Peluru Kena Mata, Pistol Buatan Sendiri Dibawa Rakan Ke Sekolah Tak Sengaja Meletup

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut apabila pistol buatan sendiri yang dibawa rakannya ke sekolah meletup secara tidak sengaja dalam bilik komputer di sekolah Nonthaburi, Thailand.

Menurut kenyataan jurucakap polis, Kapten Saiyon Thongtha, insiden itu berlaku pada petang Khamis di bilik komputer di Sekolah Wat Lad Pla Duk di daerah Bang Bua Thong.

Mangsa yang berusia 15 tahun itu mengalami kecederaan yang serius di muka termasuk kedalaman luka sekitar 3-4 cm berdekatan kening kirinya. Pasukan perubatan tiba di tempat kejadian dan memberikan bantuan CPR tetapi mangsa gagal diselamatkan.

Pada awalnya pelajar dan guru dalam bilik darjah itu menyalahkan letupan komputer kerana mangsa ketika itu sedang menggunakan komputer di depannya.

Kredit Bangkok Post

Siasatan menyeluruh dilakukan terhadap komputer baru di kelas tersebut selepas guru dan para pelajar lain memberitahu polis bahawa mereka mendengar bunyi letupan kuat.

Papan kekunci di meja mangsa duduk telah rosak dan ada beberapa serpihannya telah hilang. Tetapi pegawai polis tidak dapat mencari petanda lain kerosakan kepada 10 komputer yang lain.

Seorang guru komputer memberitahu polis bahawa letupan itu terjadi pada pukul 1.30 tengah hari, sejurus selepas sekumpulan pelajar Gred 9 masuk ke kelas tersebut. Dia kemudian berlari untuk melihat lanjut dan mendapati seorang pelajar berlumuran darah sudah terbaring tidak menyedarkan diri. Dia sempat mengarahkan pelajar lain untuk memberitahu guru lain untuk hubungi polis dan pasukan keselamatan.

Seorang pelajar lain yang duduk bersebelahan dengan mangsa juga berkata letupan itu terjadi selepas 10 minit mangsa mematikan komputernya. Dia berkata lagi bahawa tiada kesan bau terbakar atau mendengar benda yang pelik sebelum itu.

Pelajar itu kemudian menambah, letupan kuat itu telah membuat telinganya berdengung. Seorang lagi pelajar yang duduk di sebelah kiri manga telah terkena serpihan dan tercedera.

Walau bagaimanapun, polis meragui kenyataan yang diberikan oleh guru dan pelajar itu. Siasatan lanjut yang dibuat kemudian menemui peluru yang tersangkut pada bahagian dalam luka mangsa.

Akhirnya, seorang pelajar mengaku bahawa dia telah membawa pistol buatan sendiri ke sekolah dan meletup secara tidak sengaja ketika berada di dalam bilik komputer itu.

Sumber: Bangkok Post

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.