Siakap Keli
guru dilapor masukkan cecair peluntur klorin dalam makanan
Gambar: BBC/HGTV

Berang Ditukarkan Kelas, Guru Dilapor Masukkan Cecair Peluntur Klorin Dalam Makanan Pelajar

Guru dilapor masukkan cecair peluntur  klorin dalam makanan pelajar kerana tidak bersetuju ditukarkan kepada kelas lain dan tetap mahu berada di dalam kelas yang sama telah ditahan polis. 

Seorang guru sekolah rendah berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki mengancam keselamatan pelajar selepas dia meletakkan cecair peluntur dalam makanan tengah hari para pelajar di sekolah. 

Menurut laporan pihak polis, suspek telah mengaku meletakkan peluntur tersebut ke dalam hidangan makanan tengahari sekitar jam 11.30 pagi pada 15 September di Sekolah Rendah Mizutani-Higashi, lapor Kyodo News yang dipetik dari Japan Today. 

Difahamkan, beberapa orang pelajar menyedari bau aneh yang datang dari hidangan tersebut seterusnya memaklumkan perkara itu kepada guru lain.

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Bagaimanapun, tiada siapa yang makan hidangan tersebut dan kemudian telah dihantar ke makmal untuk dianalisis. Hasil analisis mendapati bahawa hidangan makan tengahari itu mengandungi produk cecair peluntur klorin. 

Memetik Japan Today, suspek telah berkhidmat dan mengajar di sekolah tersebut sejak 2020 dan dia dikatakan kecewa kerana telah ditukarkan menjadi guru kelas lain pada April dan mahu kekal berada di kelas yang sama. 

Sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia bertindak mencampurkan cecair peluntur klorin di dalam hidangan tengah hari tersebut untuk diberikan kepada pelajar-pelajar di kelas baharunya, lapor pegawai sekolah. 

Suspek memberitahu telah membeli cecair peluntur klorin yang digunakan di sebuah farmasi berdekatan sekolah. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

Sumber: Japan Today

Faiz Mustafa