Hubungkan Denmark & Jerman, Terowong Bawah Laut Terpanjang Dunia Dijangka Beroperasi 2029
Sebuah terowong bawah laut terpanjang di dunia bakal menghubungkan dua negara, Denmark dan Jerman dijangka beroperasi pada 2029 nanti, lapor CNN News.
Difahamkan, terowong Fehmarnbelt Fixed Link yang masih dalam pembinaan itu mempunyai kedalaman 40 meter di bawah Laut Baltik.
Terowong sepanjang 18 kilometer itu merupakan salah satu projek infrastruktur terbesar di Eropah dengan menelan kos lebih RM32.3 bilion.
Fehmarnbelt Fixed Link digabungkan dengan terowong jalan raya yang terdiri daripada dua lebuh raya (dua lorong) yang dipisahkan dengan laluan kereta api elektrik.

Menurut pengarah teknikal di Femern Amerika Syarikat, Jens Ole Kaslund perjalanan akan menjadi lebih cepat dan hanya mengambil masa empat jam jika menaiki kereta api dari Copenhagen ke Hamburg.
Tambahnya, perjalanan menaiki kereta akan menjadi lebih cepat sejam berbanding terpaksa menunggu untuk menaiki feri.
Selain itu, terowong itu dibina menggunakan mesin pengorek dan ia merentasi Fehmanr Belt iaitu antara Pulau Fehmarn, Jerman dan Pulau Lolland, Denmark.
Perkara itu menjadikan jarak ke antara kedua negara itu menjadi lebih singkat iaitu hanya mengambil waktu 7 minit bagi kereta api, 10 minit menaiki kereta dan 45 bagi Feri jika menggunakan laluan tersebut.
Setiap bahagian terowong mempunyai panjang 217 meter dengan lebar 42 meter dan tinggi mencapai 9 meter. Manakala beratnya pula mencapai 73,000 tan metrik setiap satu bersamaan 13,000 ekor gajah.

Salah seorang ahli organisasi perniagaan terbesar Denmark, Michael Svane percaya bahawa terowong itu mampu memberikan manfaat kepada perniagaan di luar Denmark itu sendiri.
“Terowong Fehmarnbelt akan mewujudkan laluan strategik antara Scandinavia dan Eropah Tengah. Perjalanan kereta api yang dinaik taraf menyokong lebih banyak perjalanan terhadap pengangkutan yang mesra iklim,” katanya kepada CNN.

Seramai 2,500 orang terlibat secara langsung dalam pembinaan jambatan itu namun peningkatan harga keluli dan bahan mentah menjadikan ia satu cabaran buat masa kini.
Terdahulu, terowong ini telah berada dalam perancangan sejak sedekad lalu iaitu pada tahun 2008 apabila Jerman dan Denmark menandatangani perjanjian untuk membina terowong itu sebelum mendapat kelulusan undang-undang dan mula dibina pada 2020.
Sumber: CNN News
BACA JUGA: Terowong Seram & Terbiar Bawah Tanah Ditemui, Bunyi Kereta Api Masih ‘Bergema’