Murah & Sedap, 5 Tempat Makan Terbaik Di Langkawi
Langkawi merupakan salah satu pusat tarikan pelancong terbaik dan terkenal di dalam dan juga luar negara yang menawarkan kawasan alam semula jadi yang masih terjaga. Ramai kita dapat melihat pelancong luar dari segenap pelusuk bumi berkunjung ke sini.
Selain lokasi yang merupakan sebuah pulau dipenuhi dengan alam semula jadi yang menenangkan, Langkawi yang terletak di utara Malaysia juga mempunyai tempat makan yang menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang sedap dan murah.
Oleh itu, suka untuk Siakap Keli hari ini ingin berkongsi beberapa restoran di Langkawi yang menawarkan hidangan yang boleh bikin air liur meleleh dan paling penting harga yang murah serta berpatutan untuk semua orang.
Wan Thai
Makanan ala Thai sudah menjadi satu hidangan kegemaran buat ramai rakyat Malaysia dengan gabungan rasa masam dan pedas sudah cukup untuk memecahkan selera kita. Salah satu restoran yang menawarkan masakan ala Thai di Langkawi adalah restoran Wan Thai yang terletak di Persiaran Bunga Raya, Kuah.
Wan Thai Langkawi Restaurant menggunakan seni bina dan papan tanda yang besar inspirasi dari Thailand memudahkan lagi pengunjung untuk mencari mereka. Difahamkan, Wan Thai menawarkan hampir semua jenis masakan Thai dan menu yang paling mendapat sambutan sudah pasti tomyam campur mereka.
Gabungan rasa yang cukup masam, manis dan pedas serta kuah yang pekat sememangnya akan memikat selera pengunjung. Tambahan pula, mereka menawarkan harga yang berpatutan sesuai untuk bawa keluarga besar makan di sini.
Kepada mereka yang berhasrat untuk mengunjungi restoran ini, mereka beroperasi bermula dari jam 1.30 am hingga 3 pm dan 6 pm hingga 10 pm.

Restoran Selera Kampung
Walaupun masakan Thai sudah menjadi antara hidangan ramai rakyat Malaysia, masakan kampung tetap juga menjadi pilihan utama kita. Kepada mereka yang gemar masakan kampung boleh singgah di Restoran Selera Kampung yang terletak di Jalan Padang Mat Sirat.
Di sini, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis lauk-pauk tradisi seperti gulai, ikan bakar, ulam-ulaman, sup dan juga pelbagai jenis masak lemak cili api. Hidangan-hidangan ini sudah cukup untuk membuka selera orang ramai. Antara hidangan yang sering menjadi pilihan pengunjung adalah ikan bakar bersama sos pencicah istimewa dan ulam-ulaman segar.
Pengunjung yang bercadang untuk makan dan rasa sendiri hidangan di sini dinasihatkan tiba sedikit awal kerana agak sukar untuk mendapatkan meja menjelang waktu makan tengahari.
Mereka beroperasi bermula seawal jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Jalan Padang Matsirat, Langkawi, Kedah.

Nasi Arab Kaki Gunung Cafe
Rasa nasi arab di sini sudah cukup sinonim dalam kalangan penduduk tempatan dan juga para pelancong. Siapa sangka, restoran yang dilihat biasa pada pandangan mata memiliki hidangan dengan rasa yang cukup luar biasa dan sedap.
Tekstur nasi yang lembut dan ayam serta daging yang dimasak empuk sempurna sudah cukup untuk buat para pelanggar terliur dengan hidangan nasi arab ini. Tambahan pula, ia dimasak dengan rempah ratus istimewa dan Nasi Arab Daging Kambing merupakan hidangan rekomendasi patut cuba.
Bukan sahaja nasi arab, hidangan western juga ditawarkan di restoran ini dan boleh membuat permintaan dalam porsi besar yang dihidangkan dalam talam. Ia sangat sesuai untuk dimakan oleh tujuh hingga lapan orang.

Beroperasi bermula pada jam 11 pagi hingga 11 malam dan tutup pada Jumaat, restoran ini terletak di Jalan Ulu Melaka, Langkawi.
BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma
Nasi Lemak Kelibang
Selain hidangan masakan ala Thai, masakan kampun dan nasi arab, antara menu yang anda patut cuba adala nasi lemak di Nasi Lemak Kelibang yang terletak di Kuah. Umumnya, hidangan nasi lemak ini dilihat biasa dan sama seperti nasi lemak yang lain.
Namun, apa yang buat nasi lemak ini berbeza adalah rasa sambal ikan bilis yang tersendiri dimakan pula bersama ayam goreng berempah, sambal sotong dan hirisan timun cukup membuka selera. Turut menjadi lauk kegemaran pengunjung adalah gula udang, ayam kicap dan perut goreng.
Selain rasa yang sedap, Nasi Lemak Kelibang juga menawarkan suasana gerai yang lain dari lain dengan permandangan indah sawah padi yang menghijau serta langit membiru. Betul-betul macam suasana kampung dulu-dulu.

Laksa Ikan Sekoq
Laksa Ikan Sekoq juga merupakan salah satu destinasi tempat makan yang patut anda kujungi terletak di tepi pagar Lapangan Terbang Langkawi. Sambil makan, boleh tengok kapal terbang berlepas dan mendarat.
Kepekatan kuah laksa di sini menjadi bualan orang ramai ditambah dengan seekor ikan pada setiap hidangan menambahkan lagi aroma laksa tersebut.
Laksa yang lembut, banyak bersama kuah yang cukup dengan rasa masam ditambah pula dengan telur rebus dan ulam-ulaman sememangnya membuka selera peminat laksa.
Selain laksa, mereka juga menyediakan hidangan lain seperti bihun sup teruna, char kuey teow, rojak madu, pasembur, bebola ikan dan cucur. Mereka mula beroperasi pada 12 pm dan 7 pm.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Team Travel