Siakap Keli
remaja dirogol empat lelaki
Kredit: CBN via Google

Tolak Jadi Kekasih, Remaja Perempuan 13 Tahun Diperkosa Empat Lelaki

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilapor diperkosa empat lelaki selepas menolak untuk menjadi kekasih mereka dalam kejadian di Hutan Kota, Jakarta Utara, lapor Jakarta Suara.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara, AKPB Febri Isman Jaya, kejadian itu berlaku baru-baru ini semasa mangsa sedang meluangkan masa di kawasan berkenaan.

Kemudian, empat lelaki asing yang tidak dikenali datang ke tempatnya dan salah seorang daripada mereka tiba-tiba memeluk mangsa secara memaksa.

Katanya, mangsa diminta untuk menjadi teman wanitanya namun permintaan itu ditolak.

“Salah seorang remaja bawah umur meminta mangsa untuk menjadi teman tetapi mangsa mengatakan dia tidak mahu,” kata Febri mengesahkan kes itu, lapor Jakarta Suara.

Bagaimanapun difahamkan, keempat-empat suspek terbabit sebenarnya masih di bawah umur dan kesemua mereka didakwa tidak lagi bersekolah.

“Salah seorang suspek masih berumur 12 tahun dan yang lain masih berumur antara 12 hingga 14 tahun tetapi masih lagi budak-budak,” jelasnya mengenai perkara itu.

Gambar sekadar hiasan

Selepas mangsa melaporkan kejadian kepada pihak polis, keempat-empat suspek terbabit terus diletakkan di bawah pemerhatian pihak berkuasa berkenaan.

Walau bagaimanapun, suspek dilapor masih belum ditahan dan mereka diamanahkan untuk dihantar ke Rumah Selamat Cipayung, Jakarta Timur.

Ekoran suspek masih lagi di bawah umur, kes itu dikendalikan di bawah Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Polis Metro Jakarta Utara.

Siasatan penuh diperlukan untuk kes ini 

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Metro Jaya, Inspektor Jeneral Fadil Imran meminta anggotanya untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan perhatian penuh perlu diberikan terhadap kes tersebut.

“Kita akan menyiasat dan menyelidik secara maksimum serta menyediakan bantuan psikologi jika diperlukan dalam kes ini,” kata Fadil memetik Jakarta Suara.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis mengenai kes itu sejak 6 September dan kes masih dalam siasatan sehingga sekarang.

“Penjenayah masih dalam pemerhatian dan kini ditahan di pusat perlindungan ABH Cipayung,” katanya semasa menjelaskan kes itu.

Sementara itu, kes rogol membabitkan remaja dan suspek bawah umur itu turut dihebahkan oleh pengacara terkenal Indonesia, Hotman Paris melalui laman Instagram miliknya.

Sumber: Jakarta Suara

 

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.