Maybank Anjak Tarikh Selenggara Sistem Kepada Sabtu Ini, Maybank2u Antara Yang Bakal Terkesan
Maybank mengesahkan akan menganjak tarikh selenggara sistem pada Sabtu, 24 September 2022 ini.
Menurut Maybank, lanjutan penyelenggaran itu dibuat bagi memastikan urusan pelanggan berjalan dengan lancar pada tengah malam.
Maybank sebentar tadi menerusi laman Twitter rasmi mereka juga turut memaklumkan hal tersebut bersama dengan senarai perkhidmatan mereka yang akan mengalami gangguan bermula 11.30pm hingga 11.59pm pada hari tersebut rentetan perkara itu ber
Antara perkhidmatan yang akan mengalami gangguan termasuk aplikasi Maybank2u, MAE, QRPayBiz App & our Wealth App, FPX Online Payment, Trasaksi debit kad serta mesin layan diri (ATM, Deposit Tunai dan Mesin Cek Deposit).
#MBBAlert Dear valued customers,
Please be informed that we’ve brought forward our daily maintenance window to 24 September 2022 (Saturday), so that you can enjoy your online shopping without any interruption at midnight.
(1/3)
— Maybank (@MyMaybank) September 23, 2022
Sumber: Maybank