Siakap Keli
jarum dalam zakar budak
Gambar Hospital Kanak-Kanak Jiangxi via Mirror UK

Doktor Jumpa Jarum Dalam Zakar Budak, Punca Sebab Bosan

Perasaan ingin tahu membawa kepada masalah, seorang doktor terkejut apabila menjumpai jarum dalam zakar seorang kanak-kanak lelaki selepas membuat pemeriksaan X-ray di hospital, lapor Mirror UK.

Kanak-kanak itu yang berusia 11 tahun dipercayai mempunyai masalah untuk membuang air kecil dan sukar untuk menjelaskan kesakitan yang dirasai sehingga dia dihantar untuk menjalani X-ray di Hospital Kanak-kanak Jiangxi di tengah China.

Semasa pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati jarum akupunktur sepanjang lapan sentimeter (cm) berada dalam zakarnya dan telah ditolak ke atas tiub pundi kencing kanak-kanak itu.

Pada awalnya mangsa tidak mengaku apa yang telah dilakukannya namun apabila zakarnya menjadi sakit, dia akhirnya terpaksa mengaku.

Menurut mangsa, dia mendakwa memasukkan sendiri jarum itu ke dalam uretranya kerana bosan dan ingin tahu sama ada jarum itu boleh masuk atau tidak ke dalam lubang zakarnya.

Gambar Hospital Kanak-Kanak Jiangxi via Mirror UK
Gambar Hospital Kanak-Kanak Jiangxi via Mirror UK

Sementara itu, Ketua Pakar Perubatan Dr Rao Pinde menjelaskan mangsa melakukan perkara itu sekitar 12 jam sebelum dia tidak dapat membuang air kecil.

Akhirnya mangsa dibawa ke bilik pembedahan dan doktor berjaya mengeluarkan sebatang jarum akupuntur sepanjang 8 cm menggunakan pembedahan yang tidak invasif.

Pembedahan itu juga difahamkan boleh dijalankan menggunakan endoskop yang membolehkan pakar bedah mencari keberadaan jarum dalam zakar.

Semasa pembedahan, doktor menggunakan sepasang forsep yang sangat halus dan jarum itu akhirnya berjaya dikeluarkan sepenuhnya tanpa tinggalkan kesan kerosakan pada tisu zakar.

Dalam pada itu, Dr Pinde berkata kebiasaannya anak-anak muda terlalu malu untuk memberitahu situasi seperti itu kepada ibu bapa, sehinggalah apabila situasi yang memaksa mereka memberitahu tentangnya.

Sumber: Mirror UK

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.