Siakap Keli
Tular Panah Anjing Hingga Mati Lelaki Diburu Polis
Gambar: Polis KL Via Twitter PDRM

Tular Panah Anjing Hingga Mati, Lelaki Diburu Polis

Tular Panah Anjing Hingga Mati, Lelaki Diburu Polis

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular di media sosial selepas dipercayai bertindak memanah seekor anjing menggunakan busur panah hingga mati.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata satu laporan telah dibuat oleh orang awam yang terkesan menerusi satu klip video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial.

“Melalui video berkenaan, didapati seorang suspek yang tidak dikenali bangsa memakai baju berwarna hitam telah mengambil busur dan anak panah sambil mengekori seekor anjing dan telah menembak menggunakan anak panah yang telah menyebabkan anjing tersebut mati,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambah Ashari, kejadian itu berlaku di kawasan Sky Awani 3, Setapak, Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 29(10)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015(Akta 722) yang membawa kepada hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda yang tidak kurang daripada RM20,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Sehingga kini, siasatan masih dilakukan bagi mengesan suspek.

“Pihak polis memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian yang berlaku untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian itu boleh menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 0392899110,”maklum Ashari dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Polis Kuala Lumpur

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.