Siakap Keli
musytari berada dekat dengan bumi
Gambar: tangkap layar TikTok

Planet Musytari Dijangka Berada Pada Kedudukan Paling Dekat Dengan Bumi Malam Ini

Planet Musytari dijangka akan berada dalam keadaan serta kedudukan paling dekat dan jelas dengan Bumi pada malam ini.

Menerusi video Tiktok milik akaun @spacedollah, dia menjelaskan bahawa planet terbesar dalam sistem suria itu akan bertentangan dengan Matahari sepanjang malam ini.

Difahamkan kejadian itu akan membuatkan planet Musytari terlihat terang dan jelas ekoran berada dekat dengan Matahari.

Tambahnya, planet Musytari akan menjadi planet iluminasi kedua paling terang selain bulan.

Menurut Spacedollah, sekiranya orang ramai melihat planet Musytari menggunakan teleskop kecil, maka mereka akan dapat melihat jalurnya serta bulan-bulan yang berada di sekeliling planet itu.

Untuk penjelasan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Spacedollah menerusi videonya di bawah ini.

@spacedollah

Emergency update! Esok malam korang akan nampak planet Jupiter / Musytari dekat langit! Siapkan diri dengan handphone/binocular & telescope masing-masing! 26 SEP 2022! 🔭🧑🏽‍🚀 #jupiter #musytari #astrology #sistemsuria #space #aliens #makhlukastral #makhlukasing #rocket #alamsemesta #matahari #bulan #malaysia #bintang #fy #fyp #fypシ #fypage

♬ Cornfield Chase – Dorian Marko

Sementara itu, memetik perkongsian ringkas individu yang gemar berkongsi berkenaan astronomi, Shahrin Ahmad, katanya Musytari akan mendekati atau bertentang dengan Bumi setiap 13 bulan.

“Cuma betul la ada time dia dekat sikit berbanding biasa. Tak perlu tunggu tahun 2129. Tahun depan pun lebih kurang sama dekat,” memetik kenyataannya di laman Facebook.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan bahawa planet Musytari akan berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi pada hari ini.

Dari sudut pandangan Bumi, fenomena ini berlaku apabila objek angkasa akan berada di bahagian timur dan Matahari terbenam di sebelah barat.

Oleh itu, Matahari dan objek tersebut akan berada pada kedudukan yang benar-benar bertentangan antara satu sama lain.

Memetik laporan Wion, pertentangan planet terbesar tersebut berlaku pada setiap 13 bulan. Bagaimanapun, pada 26 September ini Musytari akan kelihatan lebih jelas, besar dan terang dari biasa.

Difahamkan juga, Musytari akan berada pada jarak 587 juta kilometer dari Bumi ketika ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan planet kita.

Sumber: TikTok @spacedollah

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.