Siakap Keli
Kredit: NASA & Pixabay

Saintis Kesan 7,119 Kg Sampah Manusia Di Permukaan Marikh

Ketika manusia mencari kehidupan di Marikh, mereka juga dapat mengesan kesan tinggalan yang mereka tinggalkan di Planet Merah tersebut iaitu dalam bentuk sampah. Pelbagai jenis sampah yang ditemui seperti logam-logam, perkakasan dan apa-apa  yang boleh ditemui daripada sebuah kapal angkasa.

Perseverance Rover milik NASA berjaya menangkap gambar objek yang kelihatan seperti mi pada bulan lepas dan mengejutkan dunia internet. Perkara ini menunjukkan sedikit kebarangkalian bagi planet tersebut memiliki pasta ataupun ramen.

Namun begitu, object yang menyerupai bentuk seikat tali, yang pertama kali kelihatan menerusi kamera rover pada 12 Julai sebelum ini, tiba-tiba menghilang empat hari kemudian. Akan tetapi, objek misteri seakan akan uraian mi tersebut rupanya adalah sebahagian daripada jaring milik Dracon.

Kredit: NASA

Objek aneh yang kelihatan seperti mi ini hanyalah sebahagian daripada ribuan sisa sampah manusia yang ditemui di atas permukaan Marikh. Ini merupakan kesan daripada hasil ekplorasi robotik selama lima dekad yang berlangsung di planet tersebut.

Menurut Cagri Kilic, Felo Penyelidikan Lepasan Siswazah dalam Robotik di West Virginia University, terdapat kira-kira 15,694 paun (7,119 kg) sampah manusia yang boleh ditemui di atas permukaan Planet Merah.

Sampah sarap yang berusia 50 tahun

Sejak 50 tahun yang lalu, kita dapat melihat 14 buah negara yang berbeza telah menghantar 18 objek buatan manusia ke Marikh, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Angkasa.

Sementara banyak lagi misi ekplorasi yang masih berlangsung, permukaaan planet tersebut mengandungi serpihan bahan buatan manusia yang tidak dapat dikira hasil daripada eksplorasi mencari penghuni planet Marikh sejak beberapa dekad lalu.

Menurut Kilic, serpihan-serpihan di Marikh berasal daripada tiga sumber utama iaitu, perkakasan yang dibuang, kapal angkasa yang dibiarkan dan pelanggaran kapal angkasa.

Kredit: NASA

Perlu diingat bahawa setiap perjalanan ke Marikh memerlukan modul yang lengkap untuk melindungi kapal angkasa. Modul ini termasuklah penebat baba, payung terjun dan kelengkapan untuk melakukan pendaratan dengan impak yang kecil ketika kapal angkasa melalui atmosfera planet.

Semasa ia turun, kapal angkasa akan membuang beberapa seksyen modul dan cebisan-cebisan ini mungkin mendarat di pelbagai tempat atas permukaan planet tersebut.

Serpihan ini boleh berkecai kepada beberapa bahagian kecil apabila ia melanggar permukaan tanah, yang mana ia sudah terbukti berdasarkan pendaratan rover Perseverance pada 2021.

Banyak serpihan sampah-sampah kecil yang boleh diterbangkan dengan tiupan angin, termasuklah penemuan jaring baru-baru ini. Pada 13 Jun, 1.25 batu (2 km) dari kawasan mendarat, rover Perseverance menemui selimut termal yang besar dan berkilat.

Kedua-dua rover Opportunity (2005) dan Curiosity (2012) telah menemui bahan tinggalan bagi kapal angkasa yang digunakan oleh mereka untuk mendarat.

Kredit: NASA

Relik bersejarah

Kilic berkata, terdapat sejenis serpihan yang berasal daripada sembilan kapal angkasa yang aktif di Marikh, seperti pendaratan Mars 3, Mars 6, rover Sojourner, Beagle 2, Phoenix, rover Spirit dan rover Oppurtunity.

Selain itu, Kilic mengatakan bahawa perkara-perkara ini boleh dilihat sebagai relik bersejarah berbanding dengan menggunakan istilah serpihan kerana kebanyakan daripadanya tidak mengalami kerosakan besar.

Seterusnya, salah satu sumber sampah ialah fragmen-fragmen kapal angkasa yang sudah pun musnah. Sekurang-kurangnya dua kapal angkasa berlanggar manakala empat lagi tidak dapat dihubungi sama ada sebelum atau selepas pendaratan.

Aspek yang paling mencabar dalam mana-mana misi pendaratan di Marikh adalah kemampuan untuk turun ke permukaan planet dan selalunya ia tidak akan berlaku dengan lancar, menurut Kilic.

Beliau juga menambah bahawa jumlah jisim bagi setiap kapal angkasa yang yang pernah dilancarkan ke Marikh kira-kira 22,000 paun (9979 kg). Secara keseluruhan, terdapat 15,694 paun (7,119 kg) sampah manusia yang terdapat di atas Marikh.

Kepentingan yang dimiliki sampah-sampah ini

Baru-baru ini, kebimbangan utama bagi para saintis ialah risiko yang dimiliki oleh sampah-sampah tersebut untuk memberikan kesan negatif kepada misi-misi sama ada yang sedang berlangsung ataupun pada masa yang akan datang.

Pasukan Perseverance akan mengambil maklum bagi setiap serpihan yang mereka temui dan mencari apa-apa yang boleh mengotorkan sampel yang dikumpulkan oleh rover itu.

Para jurutera NASA juga memikirkan mengenai kebarangkalian rover Perseverance untuk tersangkut pada mana-mana serpihan, walaupun mereka mengatakan risiko tersebut sangat minimum.

Serpihan-serpihan di atas permukaan Marikh adalah signifikan disebabkan nilai sejarahnya, menurut Kilic. Kapal angkasa dan komponennya merupakan peringatan terhadap langkah pertama yang diambil oleh kaum manusia untuk memulakan eksplorasi planet luar.

Bahaya sampah angkasa

Walaupun sampah angkasa ini tidak memberikan impak secara langsung kepada Bumi, namun ia sebenarnya juga mempunyai beberapa implikasi lain kepada alam semesta, khususnya terhadap satelit dan pusat angkasa.

Keratan artikel lepas

BACA JUGA: Sampah Angkasa: Bagaimana Ia Menimbulkan Masalah Kepada Manusia & Masa Depan Astronomi?

Sebelum ini, Siakap Keli ada menampilkan laporan mengenai bahaya sampah angkasa terhadap manusia dan masa depan terhadap dunia astronomi. Kandungan orbit bumi kini kelihatan sesak dengan serpihan-serpihan daripada kapal angkasa terbiar, satelit mati dan sebagainya.

Serpihan ini boleh mendatangkan masalah kepada penduduk bumi apabila ia memasuki atmosfera bumi dan saiznya masih mampu mencetuskan impak pelanggaran yang besar.

Sumber: Tech Times & The Conversation

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.