Siakap Keli
Kredit: Bernama & Pexels

Nak Beli Rumah Tapi Keliru Antara Insurans MRTT & MLTT? Abang Konsultan Kongsi Penjelasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki sebuah rumah merupakan idaman semua manusia. Mana taknya, rumah merupakan satu hutang yang sihat, malah anda boleh menjana pendapatan dengan menyewanya. Smart woo…tapi, apa yang perlu kita tahu sebelum membeli rumah?

“Hah, rumah pun kena beli insurans ke?”

Ya rakan-rakan, rumah yang anda beli pun perlukan insurans. Kalau tiba-tiba dilanda bencana yang tidak diduga, kita tidaklah menanggung kerugian yang terlalu tinggi.

Terdapat dua jenis insurans rumah iaitu MRTT dan MLTT, tapi…mana yang lebih berbaloi?

Jangan risau, perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh perunding kewangan, Ahmad Humaizi Ibrahim dalam satu perkongsian yang mantap untuk kita semua menerusi Facebook.

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni?”

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Beza antara MRTT dan MLTT 

Dua insurans rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Ketika hendak membuat pinjaman, pihak bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?

Di sini apa yang dapat diringkaskan untuk anda semua:

MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya cakap macam tu?

Contohnya jika harga rumah: RM297,000

Situasi: Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner rumah meninggal dunia.

Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000.

  • Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan.

  • Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
  • Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
  • Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.

Itulah dia hibah!

Kelebihan MLTT ini dia masukkan sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda, ia juga tempat pelaburan.

Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.

Jadi dengan Ambil MLTT:

  • Perlindungan rumah dapat
  • Hibah dapat
  • Simpanan dapat

Jadi yang mana satu lebih menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.

Kredit: Facebook
Sumber: Ahmad Humaizi Ibrahim via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.