Siakap Keli
gigi retak sampai ke akar
Gambar: @ArepJawa

“Nak Gigit Sakit,” Gigi Retak Sampai Ke Akar, Doktor Ini Pesan Jangan Suka Kunyah Benda Keras 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Nak Gigit Sakit,” Gigi Retak Sampai Ke Akar, Doktor Ini Pesan Jangan Suka Kunyah Benda Keras 

Gigi merupakan salah satu anggota badan yang sangat penting kerana berfungsi untuk menukar makanan menjadi ketulan yang lebih kecil sebelum memasuki perut.

Penjagaan yang bersih dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti gigi berlubang, gigi rosak dan sebagainya.

Sehubungan itu, amalan penjagaan gigi amatlah penting seperti mengosok gigi kerana apabila sakit ia boleh mengganggu rutin harian.

Malah, bukan sahaja penjagaan gigi, aspek pengambilan makanan juga perlu dititikberatkan kerana boleh memberikan impak buruk jika sering diamalkan.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor gigi, Dr @ArepJawa di Twitter, beliau mendedahkan mengenai seorang pesakit gigi yang mengalami keadaan gigi retak atau dipanggil ‘cracked tooth’. 

Bagaimana ia boleh berlaku? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

Bagaimana gigi boleh retak?

Seorang pesakit datang klinik. Dia mengadu sakit gigi dah sebulan. Nak gigit, sakit. Minum panas/sejuk, sakit. Kadang tidur malam sampai terbangun sebab sangking sakitnya gigi dia.

Bila aku tengok gigi yang ditunjuk, alamak! Retak! Keadaan ini dipanggil ‘cracked tooth’.

Mujur pesakit ada simpan x-ray sendiri. X-ray ini dia ambil bulan lepas dengan doktor lain. Nampak garis kuning? Itulah retaknya (crack). Retak pada bulan lepas nampak macam boleh selamatkan lagi. Tapi hari ini, besar betul retaknya.

Aku mula berperang dengan otak sendiri.

gigi retak
Gambar: Twitter @ArepJawa

“Encik ada kebiasaan kunyah ais tak?”

“Ais takde doktor. Tapi kalau makan ayam ke kambing ke, saya suka gigit tulang dia. Sedap sangat doktor hahaha.”

“Lah hahaha. Selama sebulan sakit ni, encik ada makan benda-benda keras?”

“Tulang ada lah kekadang. Kacang pun ada sikit.”

Aku masih berbelah bahagi. Sebab di dalam mulut, retaknya panjang beb. Besar! Macam korang buka kepah/kerang, haa begitulah keadaan giginya. Tapi x-ray lain pula!

Gigi pesakit ini akan terasa sangat sakit walau terkena sentuhan sedikit. Aku syak retak dia dah sampai akar.

Aku pun terangkan dekat pesakit keadaan gigi dia sekarang. Aku cakap, aku tak nak ambil risiko jadi aku terpaksa cabut je sebab gambaran x-ray tak sama macam di dalam mulut. Gigi dia pun tak boleh sentuh walaupun sikit. Pesakit setuju untuk cabutan.

Apabila dah cabut, voila! Betul tekaan aku! (Believe your guts guys wkwkwkwk)

Giginya memang dah retak sampai ke akar. Memang dah tak boleh nak selamatkan. Kalau begini, bukan retak lagi dah. Kita panggil keadaan ini sebagai gigi terbelah (split tooth).

Kenapa berlaku?

Ada banyak sebab seperti suka kunyah benda keras (macam ais, tulang, kekacang), mengetap gigi (grinding/bruxism), kecederaan pada gigi (trauma), tampalan gigi terlampau besar (lagi-lagi tampalam hitam/amalgam) dan peningkatan usia.

Apa tanda-tandanya?

Tanda-tanda gigi retak termasuklah karakter sakit seperti mencucuk tajam, (macam kena renjatan elektrik), sakit semasa mengunyah terutama apabila nak lepas gigitan, gusi bengkak di kawasan gigi yang sakit, tak boleh minum/makan panas dan sejuk dan sakit yang berterusan sampai tak boleh tidur malam.

Boleh rawat tak?

gigi retak
Gambar: Twitter @ArepJawa

Bergantung. Kena tengok keadaan retaknya. Kalau retaknya sekadar pada kawasan enamel gigi, masih boleh dirawat.

Kalau dah sampai melibatkan akar, sadaqallah al-‘Adzim lah jawabnya.

Apa rawatannya?

gigi retak
Gambar: Twitter @ArepJawa

Rawatan yang akan diberikan seperti rawatan saraf gigi/rawatan akar, crown, implant (kalau gigi kena cabut) dan veneer.

Pengajarannya, jangan tangguh buat pemeriksaan gigi. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau gigi tak sakit, datang je jumpa kami buat pemeriksaan.

Tamat.

Sumber: Twitter @ArepJawa

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.