Siakap Keli

“Orang Ramai, Yang Membeli Kurang,” Hakikat Meniaga Di Selangor, Kadang-kadang Tak Balik Modal Pun

“Orang Ramai, Yang Membeli Kurang,” Hakikat Meniaga Di Selangor, Kadang-kadang Tak Balik Modal Pun

Sedar atau tidak, kehidupan di negeri Selangor sangat mencabar bagi para peniaga untuk mengaut keuntungan daripada barang jualan mereka. Ada diantara mereka terpaksa mengeluarkan modal yang besar tapi pulangannya tidak seperti yang diharapkan. Perkara sebegini berpunca daripada beberapa faktor yang perlu peniaga di Selangor perlu hadam.

Antara faktornya adalah cara produksi berjalan dan yang paling utama adalah cara produk itu dipasarkan. Dalam perniagaan, pemasaran produk sangat penting untuk menarik minat pelanggan membeli produk kita untuk bersaing dengan pesaing kita secara sihat. Oleh yang demikian, perlu ada inisiatif yang perlu diambil supaya bisnes yang diusahakan tidak lingkup dalam sekelip mata.

Salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah peniaga di sekitar Selangor, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) menganjurkan Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC). SDEC merupakan himpunan pemimpin industri, ahli akademik, PKS dan pemain sektor awam dan swasta untuk mendalami mekanisme pintar sedia ada dan masa depan rangka kerja serta penyelesaian ekonomi bandar dan digital.

Salah satu objektif penganjuran SDEC adalah bagi memberi pendedahan kepada peniaga-peniaga dalam kategori PKS bagi menimba ilmu khususnya dalam pendigitalan bagi merancakkan lagi pendapatan dan ekonomi peniaga kecil dan sederhana. Sememangnya, inilah salah satu objektif SDEC dianjurkan untuk memperkukuhkan dan mengembangkan ekosistem pendigitalan Selangor untuk PKS.

Pada tahun ini SDEC akan diadakan pada 6 hingga 9 Oktober 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Dihoskan oleh kerajaan negeri Selangor dan dianjurkan oleh Sidec, 5 elemen yang akan menjadi elemen utama dalam SDEC kali ini ialah Persidangan Bandar Pintar Asia, Persidangan Digitalisasi PKS Selangor, Selangor Fashion Accelerator (Demo Day), Livestream Festival dan pameran-pameran yang bermanfaat.

Akhir sekali, kenapa perlu datang ke SDEC? Anda boleh bertemu dengan pakar-pakar bandar pintar, turut serta agensi kerajaan dan majlis tempatan, pelabur, pengasas produk, PKS dan usahawan serta pakar software dan digital. Untuk maklumat lanjut dan  dapatkan pas masuk DI SINI.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.