Siakap Keli
Gambar via Bernama

Waspada, Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia

Waspada, Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun dijangka akan bermula pada 3 Oktober 2022 hingga November 2022.

Dalam kenyataan tersebut, Met Malaysia menjelaskan permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei 2022 lalu.

“Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak,” jelas kenyataan tersebut.

Lapor Met Malaysia lagi, keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Met Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA JUGA: Bukan Saja Letak, Rupanya Ini Maksud Barcode Di Produk & 3 Nombor Awalnya, Boleh Tahu Dari Negara Mana

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?