Siakap Keli
Gambar: E-Health Magazine/ Getty Images

Individu Tak Bahagia & Sunyi Berisiko Punya Jangka Hayat Lebih Pendek – Kajian

Individu Tak Bahagia & Sunyi Berisiko Punya Jangka Hayat Lebih Pendek – Kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh saintis mendedahkan bahawa perasaan tidak bahagia mampu membuatkan jangka hayat manusia lebih pendek, lapor Metro UK semalam.

Dalam kajian yang dilakukan ke atas 12,000 orang dewasa di China mendapati bahawa mereka yang mempunyai keadaan mental yang lemah seperti kesunyian, putus asa dan tidur yang tidak lena akan mengurangkan kadar jangka hayat selama setahun dan setengah tahun daripada jangka hayat purata manusia.

Menerusi hasil kajian dalam jurnal Ageing, mereka menjelaskan bahawa kesihatan mental juga sama penting dengan kesihatan fizikal.

“Kadar penuaan dikesan terhadap orang yang mempunyai sejarah strok, penyakit hati dan paru-paru, perokok serta orang yang sedang mengalami keadaan mental yang lemah.

“Malah, perasaan putus asa, tidak gembira dan kesunyian juga dapat menunjukkan peningkatan usia biologi seseorang lebih daripada perokok,” kata Penulis Utama, Dr Fredor Galkin.

Tambah Galkin, individu merokok hanya akan mengurangkan jangka hayat dengan anggaran 1.25 tahun berbanding mereka yang mengalami masalah ini sebanyak 1.65 tahun bersamaan setahun lapan bulan.

Perkara itu turut berkait dengan faktor pemboleh ubah psikososial lain seperti bujang atau tinggal di kawasan luar bandar, namun ia tidaklah memberikan kesan yang besar, maklum pakar.

individu tak bahagia lebih pendek umur
Gambar: Getty Images Via Metro UK

Walaupun kajian itu masih lagi baharu, namun ia berkait rapat dengan kajian antara hubungan rapat rakan dan keluarga terhadap umur panjang.

“Semakin meningkat usia, semakin tinggi untuk kita menghadapi penyakit seperti penyakit jantung, Alzheimer dan diabetes,” katanya.

individu tak bahagia lebih pendek umur
Gambar: Getty Images Via Metro UK

Sementara itu, Ahli Sains Saraf di Universiti Stanford, California, Manuel Faria berkata keadaan mental dan psikososial merupakan faktor yang paling kukuh terhadap kesan kesihatan dan kualiti hidup. Ia semakin tersisih dengan gaya kesihatan moden.

Sumber: Metro UK

BACA JUGA: Terselamat Dari Perang Dunia Ke-2, Ini Ikan Paling Tua Di Dunia Dijumpai Di Australia Barat

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: