Siakap Keli
Gambar: FAM

Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022: Malaysia Benam Indonesia 9-2 Sebentar Tadi

Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022: Malaysia Benam Indonesia 9-2 Sebentar Tadi

Skuad bola sepak pantai Malaysia memperagakan aksi cukup bertenaga apabila berjaya menundukkan Indonesia, 9-2 dalam Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 yang berlangsung di Chonburi, Thailand.

Berita kejayaan tersebut dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi melalui laman facebook rasminya sebentar tadi.

Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 diadakan secara sepusingan liga melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand selaku tuan rumah dan juga Indonesia.

Perlawanan pertama mempertemukan tuan rumah dengan Indonesia yang berlangsung semalam manakala perlawanan kedua pula melibatkan Indonesia dengan Malaysia yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Seterusnya, Malaysia akan turun menentang Thailand untuk perlawanan ketiga dimana perlawanan tersebut dijadualkan akan berlangsung 4.30 petang, Sabtu ini.

Sumber: FAM

Faiz Mustafa