Siakap Keli
Apam Pasang
Gambar via Kuasa Perak

Sukar Ditemui Tempat Lain, Kenali Apam Pasang Kuih Tradisi Kuala Kangsar, Imbau Nostalgia Zaman Kanak-kanak

Apam pasang atau Apam Kuala, salah satu kuih tradisional di Perak yang masih tidak dilupakan dan dijual di gerai-gerai dan pasar malam di Kuala Kangsa.

Aroma kuih-kuih yang dimasak secara tradisional sememangnya tiada tandingan meskipun dengan adanya pelbagai jenis alat elektronik dengan teknologi terkini bertujuan untuk memudahkan proses penyediaannya, ia tetap tidak akan sama dengan cara tradisional.

Sudah pasti kuih yang dimasak secara tradisional menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti daun pisang, kayu api dan sebagainya mempunyai aroma yang jauh berbeza dengan teknologi moden yang ada. 

Salah satunya adalah hidangan ini yang masih lagi menjadi pilihan orang ramai dengan aromanya yang tersendiri dan pastinya memikat selera umat manusia. Namun, ia mungkin agak sukar untuk ditemui di kawasan atau daerah lain, kecuali jika anda ke Kuala Kangsar, Perak. 

Disana, ia sangat mudah untuk ditemukan kerana ada dijual di pasar-pasar malam serta gerai-gerai yang berada di sekitar sana. Selain rasa dan aromanya, kuih ini juga dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan zaman-zaman persekolahan dulu kala kepada mereka yang telah berusia kini. 

@dapoqkakta

Reply to @eitahomemadedelights ❤️🌹try apam kuale😃👍#alhamdulillah #doayangbaikbaik #jalanjalan #familifirst💞🍻💯 #TakeBestShot #sukamasak❤️ #berandafyp

♬ DINDA – Keroncongin 🎶

Difahamkan, kuih ini dikenali sebagai apam kuala kerana diambil dari nama daerah Kuala Kangsar yang sememangnya sinonim dan terkenal dengan kuih ini. Ia juga turut dikenali sebagai apam pasang kerana di akhir penyediaannya akan digabungkan menjadi dua (sepasang). 

Mengenai rasanya pula, apam ini sedikit manis dan kebiasaannya penggemar kuih ini akan makan dengan menggunakan kelapa muda yang diparut kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Disamping itu, ia juga boleh dimakan bersama kuah kari atau apa jua pencicah yang dirasakan sesuai seperti sambal tumis dan sebagainya. 

Uniknya apam pasang atau apam kuala ini, bahan utama untuk membuat kuih ini adalah nasi yang perlu ditapai terlebih dahulu bersama ragi, tidak seperti apam lain yang menggunakan yis. Apam ini juga menggunakan tepung beras dan bukannya tepung gandum serta dilapik dengan menggunakan daun pisang sebelum dikukus. Jadi, daun pisang ini lah yang menaikkan bau aroma harum Apam Kuala ini. 

Pada umumnya, Apam Kuala akan kekal lembut dan gebu meskipun telah dibiarkan selama sehari kerana cara pembuatan secara tradisional masih dikekalkan. Jika dulu, apam ini hanya mempunyai satu bentuk iaitu bulat. Kini, ia mempunyai pelbagai bentuk mengikut peredaran zaman dan citarasa masing-masing. 

Walau bagaimanapun, rasa kuih ini masih dikekalkan dengan tidak mengubah cara pembuatan dan ia akan sentiasa kekal dengan satu warna iaitu putih tanpa pewarna tambahan. Kuih ini juga sering dihidangkan ketika jamuan gotong-royong dan juga di kenduri-kenduri kahwin. 

Gambar via Suara Perak
Gambar via Suara Perak
Gambar via Suara Perak

Sumber: Suara Perak

Faiz Mustafa