Siakap Keli
kabul dibom
Gambar: AFP

Pusat Pengajian Di Afghanistan Dibom, Sekurang-kurangnya 23 Pelajar Maut

23 maut selepas letupan bom nekad di Pusat Pendidikan Kabul

Satu serangan bom dipercayai serangan berani mati berlaku di sebuah pusat pendidikan di Kabul mengorbankan sekurang-kurangnya 23 nyawa, kebanyakannya dipercayai wanita, hari ini.

Pengeboman itu berlaku ketika pelajar di Pusat Pendidikan Kaaj sedang menduduki peperiksaan kemasukan univerisiti, kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Polis Kabul, Khalid Zadran memberitahu CNN.

Abu Ghayas Momand, seorang doktor dari Hospital Ali Jinah berkata, beberapa mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Serangan berkenaan juga dilapor menyebabkan sekurang-kurangnya 36 lgi cedera.

Sementera itu, Taiba Mehtarkhil, seorang saksi memberitahu CNN bahawa kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar wanita. Wanita itu memaklumkan bahawa dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat tahu insiden berkenaan berlaku bertujuan mencari rakannya yang merupakan pelajar di pusat pendidikan berkenaan.

“Saya melihat ibu bapa, ahli keluarga pelajar yang lain menjerit dan berlari. Ada yang cuba mendapatkan rawatan kecemasan untuk orang tersayang dan ada yang masih mencari anak-anak mereka. Saya menyaksikan kira-kira 20 orang terbunuh dan ramai lagi yang tercedera dengan mata saya sendiri,”kata saksi tersebut.

Taiba bagaimanapun meluahkan rasa syukur selepas mendapati bahawa rakannya terselamat daripada serangan tersebut. Rakannya dimaklumkan terlambat dan tiba lewat ke pusat pengajian berkenaan.

Seorang lagi saksi memberitahu CNN, dia berada kira-kira 20 langkah dari pintu pagar apabila letupan itu berlaku dan telah membuatnya terpelanting jatuh ke tanah.

“Apabila saya masuk ke dalam, saya melihat ramai rakan sekelas saya berlumuran darah. Saya mendapat tahu bahawa letupan itu berlaku dalam kelas saya,” katany sambil menangis.

“Saya berada dalam keadaan terkejut. Saya hanya menjerit nama rakan saya dan mencari mereka. Sebahagian daripada mereka masih hidup, tetapi  sahabat baik saya yang merupakan paling bijak dalam kelas kami terkorban,” katanya lagi.

Kredit GETTY IMAGES

Kelas itu adalah yang terbesar dan boleh memuatkan kira-kira 500 pelajar lelaki dan perempuan pada satu-satu masa.

“Ia amat mengerikan, saya masih terkejut dan ia seperti mimpi ngeri. Kejadian itu membunuh ramai rakan sekelas saya yang paling saya sayangi. Saya tidak mahu dunia menganggap ini sebagai berita tetapi saya mahu dunia tahu tentang kesakitan yang kami alami. Saya sangat sedih,” katanya.

Sumber: CNN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.