Siakap Keli
Kredit: The Times

Saintis Bagi Amaran ‘Kiamat Iklim’ Bakal Landa Bumi Menjelang 2040

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Planet Marikh dan Zuhrah  sudah pun mengalami perubahan iklim pada ratusan juta tahun dahulu. Kini, planet kita boleh diumpamakan seakan-akan mengikuti jejak-jejak yang pernah dilalui oleh planet-planet jirannya.

Suhu purata Bumi meningkat

Manusia kini semakin hampir dengan iklim terburuk dalam sejarah peradabannya. Secara purata, suhu Bumi adalah 15 darjah Celcius dan para saintis telah memberikan amaran bahawa suhu purata ini akan meningkat melebihi 1.5 darjah Celcius.

Mungkin anda fikir ini kecil jika dibandingkan dengan suhu badan dan suhu bilik. Walau bagaimanapun, suhu purata dunia tidak bertindak sama seperti suhu purata badan manusia. Jika ia meningkat, bermakna satu dunia sedang mengalami peningkatan suhu secara mendadak, padang pasir dan kawasan tropika menjadi sangat panas dan glasier di Kutub Utara dan Selatan mulai cair.

Yang lebih membimbangkan, kita cuma ada masa sehingga 2030 bagi mempergiatkan usaha untuk mengekalkan peningkat suhu sehingga 1.5 darjah Celcius, sebelum ia menempuh peringkat tahap seterusnya dengan penambahan sebanyak 0.5 darjah Celcius pada 2040.

Dalam sebuah video Youtube di bawah saluran AstroLab, terdapat jawapan kepada persoalan bagaimana fenomena ini boleh terjadi dan mengapa saintis menzahirkan kebimbangan yang sangat besar mengenainya.

Untuk makluman, kenaikan suhu yang luar biasa dunia merupakan faktor kemudaratan serius pada ekosistem. Hal ini bole dilihat melalui fenomena penyusutan paras air sungai. Keadaan sungai yang semakin surut menyebabkan penemuan beberapa objek, termasuklah penngggalan masyarakat purba.

Penyusutan paras sungai secara global

Terdapat pelbagai contoh yang boleh dilihat dari seluruh dunia iaitu paras air Sungai Yangtze di China mendedahkan sebuah pulau yang tenggelam. Dalam pulau tersebut, terdapat tiga patung Buddha di atasnya dan dipercayai telah berusia dalam lingkungan 600 tahun.

Kredit: Youtube (Astrolab)

Beralih ke benua Eropah iaitu di Sepanyol, paras air Takungan Valdecenas yang menyusut pada 28 peratus daripada kapasiti asal telah menemukan batu prasejarah Spanish Stonehenge ataupun dikenali sebagai Dolmen of Guadalperal di tengah wilayah Carceres.

Kredit: Youtube (Astrolab)

Manakala, sungai utama di Eropah iaitu Sungai Danube, Serbia mencapai paras paling rendah dalam tempoh hampir seabad telah memberi pededahan terhadap lebih 20 kapal perang milik Jerman yang karam ketika Perang Dunia Kedua.

Kredit: Youtube (Astrolab)

Selain itu, Itali pula telah mengisytiharkan keadaan darurat di sekitar Sungai Po selepas terdapat penemuan berupa bom tinggalan Perang Dunia Kedua, seberat 450 kg di kawasan peraran cetek.

Contoh terakhir bagi fenomena ini adalah Sungai Tigris di Iraq,  paras air sungai ini menurun disebabkan faktor kenaikan suhu global dan pembinaan empangan menyebabkan sebuah kota purba kelihatan.

Laporan Perubahan Iklim (PCC) memberi amaran bagi risiko besar yang bakal tiba bagi pemanasan global melebihi 1.5 darjah Celcius. Para saintis ilkim yang terkemuka di dunia telah memberi amaran bahawa kita cuma ada beberapa tahun sahaja lagi sebelum menginjak dekad yang bakal menunjukkan iklim buruk.

Peningkatan risiko bencana alam yang bakal memberi impak kepada manusia

Iklim buruk akan datang dengan pelbagai risiko bencana alam seperti kemarau, banjir dan panas melampau, yang mana meningkatkan paras kemiskinan. Menurut Perjanjian Paris, ketua negara itu berjanji untuk mengekalkan suhu antara 1.5 darjah Celcius sehingga 2 darjah Celcius.

Perubahan iklim telah membawa kerugian dan kerosakan secara meluas pada alam dan manusia, memusnahkan kehidupan, tempat tinggal, harta benda dan barangan kepunyaan serta budaya.

Gambar hiasan | Kredit: Youtube (Astrolab)

Para saintis kini telah mengemas kini penilaian secara total terhadap sebab-sebab kerisauan terhadap tahap pemanasan yang akan berlaku pada masa depan. Mereka juga membuat kesimpulan bahawa risiko bencana alam akan meningkat pada tahap yang sangat tinggi, jika skala tahap pemanasan global memecahkan rekodnya.

Kesan pemanasan global kelihatan lebih cepat dan dahsyat berbanding dengan jangkaan asal

Kini, kesan pemanasan terhadap ekosistem dialami lebih awal daripada dijangkakan, lebih meluas dan akibat yang jauh dari apa yang dijangkakan. Kesan semasa yang sedang dirasai pada masa ini pula menyaksikan beberapa nyawa diragut begitu sahaja.

Selain itu, kemarau dan ribut taufan menjadi 15 kali ganda lebih kerap di negara-negara yang kurang rentan, jika dibandingkan dengan dekad yang lalu berbanding dengan negara yang memiliki kadar kerentanan yang sangat rendah, walaupun iklim bumi telah berubah sepanjang sejarahnya iaitu pemanasan berlaku rekod luar biasa pada 10,000 tahun dahulu.

Menurut Intergovermental Panel On Climate Change (IPCC), penilaian saintifik yang sistematik bermula pada tahun 1970-an. Pengaruh aktiviti manusia terhadap pemanasan sistem iklim telah berkembang daripada teori kepada fakta.

Kredit: Youtube (Astrolab)

Rekod perubahan iklim dari masa lampau

Hal ini bersandarkan maklumat saintifik yang diambil daripada sumber semula jadi seperti teras ais, batu dan analisis gelang pokok serta penggunaan peralatan moden seperti satelit dan instrumen berteknologi tinggi yang lain juga menunjukkan tanda-tanda perubahan iklim.

Bukti-bukti nyata dapat dilihat daripada kenaikan suhu global sehingga liputan ais yang cair menunjukkan Bumi kita kini menjadi semakin panas dengan sangat ketara. Iklim Bumi telah berubah sepanjang sejarahnya hanya dalam tempoh 800,000 tahun yang lalu.

Dalam lembaran sejarah iklim Bumi, terdapat lapan kitaran zaman ais dan era kepanasan global, Dengan berakhirnya zaman ais terakhir, kira-kira 11,700 tahun yang lalu telah menandakan permulaan era iklim moden dan tamadun manusia.

Gambar hiasan | Kredit: Youtube (Astrolab)

Kebanyakan perubahan iklim ini dikaitkan dengan variasi yang sangat kecil dan orbit Bumi yang mengubah jumlah tengaa solar yang diterima oleh planet kediaman kita. Bagaimanakah kita berpendirian yakin, mengatakan bumi kini sedang mengalami perubahan iklim ekstrem?

Apa buktinya? Anda boleh mendapatkan jawapannya menerusi video Kiamat Iklim 2040 : Munculnya Objek Tinggalan Purba I 9 Bukti Tanda Pemanasan Global Adalah Fakta di bawah untuk maklumat lanjut.

Sumber: Astrolab

 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.