Siakap Keli
Kredit: Pixabay

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 9 Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang bakal melanda sehingga 9 malam ini.

Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam hari ini ialah Perlis, KedahPulau PinangPerak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama),  Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu dan Pahang (Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Bagi bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, antara kawasan yang terlibat adalah Selangor (Hulu Selangor dan Sepang), Negeri Sembilan, Melaka, Johor termasuklah WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya. 

Seterusnya, kawasan yang akan dilanda ribut petir dan hujan lebat di Sarawak: Kuching, Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat termasuklah WP Labuan.

Sumber: MET Malaysia via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.