Siakap Keli
McLaren P1 Baru Seminggu Dibeli Hanyut
Gambar: Instagram lambo9286

Lelaki ‘Berputih Mata’, McLaren P1 Baru Seminggu Dibeli Hanyut Dibadai Banjir Ketika Taufan Ian

Lelaki ‘Berputih Mata’, McLaren P1 Baru Seminggu Dibeli Hanyut Dibadai Banjir Ketika Taufan IanĀ 

Sebuah kereta sport mewah jenis McLaren P1 yang baru sahaja dibeli oleh seorang lelaki dari Florida seminggu lalu dihanyutkan banjir sewaktu Taufan Ian melanda di wilayah berkenaan.

Memetik news18.com, pemililk kenderaan berkenaan memaklumkan bahawa dia meletakkan keretanya di luar garaj sewaktu ribut itu melanda menerusi hantaran video di lnstagram.

Gambar: lambo9286

Dalam hantaran tersebut, ia memaparkan kenderaan berwarna kuning tersebut dikelilingi dengan sampah sarap yang dibawa oleh ribut Ian.

Kereta itu bukanlah satu-satunya kereta yang dimiliki lelaki terbabit. Difahamkan, dia turut memiliki beberapa kereta mewah lain seperti Rolls Royce.

Untuk makluman McLaren P1 yang berharga RM4.6 juta itu mempunyai kelajuan tertinggi 350 kilometer per jam (km/j). Ia juga dapat mencapai kelajuan dari O ke 90 km/j hanya dalam 2.2 saat.

Gambar: lambo9286

Terdahulu, Taufan Ian yang dikategorikan sebagai kelas satu telah dilaporkan melanda Florida, Amerika Syarikat pada Khamis lalu sebelum menuju ke Caolinas.

Menurut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, itu merupakan taufan yang paling buruk dalam sejarah Florida.

Taufan yang melanda itu membawa banjir sehingga memasuki kediaman. Sebahagian besar pantai barat di Florida juga terpaksa bergelap selepas terputus bekalan elektrik.

Sumber: News18.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?