Siakap Keli
saintis temui fosil gergasi laut purba
Kredit: Getty Images/iStockphoto via Daily Star

Saintis Temui Fosil Gergasi Laut Purba, Seakan Buaya & Ular

Dipercayai pernah ‘jejak’ di laut, sekumpulan penyelidik di US temui fosil haiwan laut dikenali gergasi laut purba dan didedahkan mempunyai panjang lebih daripada 23 kaki, lapor Daily Star.

Haiwan laut yang dinamakan sebagai Serpentisuchops itu wujud kira-kira 70 juta tahun dahulu bersama dinosaur dan dikatakan mempunyai leher yang panjang menyerupai ular dan memiliki rahang buaya.

Menurut ketua penyelidikan dari Kolej Charleston, Carolina iaitu Profesor Scott Persons, haiwan itu didakwa mempunyai leher yang panjang sehingga memiliki 32 vertebra yang banyak berbanding manusia.

“Sebagai perbandingan, leher anda sendiri mempunyai tujuh vertebra, Sepentisuchops mempunyai 32,” katanya memetik Daily Star.

Difahamkan, sekiranya Serpentisuchops diterjemahkan kepada terjemahan yang difahami umum, ia membawa maksud haiwan menyerupai buaya dan ular.

Spesies Serpentisuchops ditemui pada 1/4 abad yang lalu

Difahamkan Serpentisuchops ialah haiwan laut yang merupakan kumpulan reptilia marin yang telah pupus dikenali sebagai Plesiosaur.

Plesiosaur mempunyai 100 spesies berbeza dan semuanya telah ditemui termasuk makhluk yang seberat 45 tan dan panjang 50 kaki di kepulauan Norway pada 2009.

Kredit: Getty Images/iStockphoto via Daily Star

Dalam pada itu, para penyelidik berkata fosil itu ditemui pada seperempat abad yang lalu di Wyoming, namun pada waktu itu, kerja-kerja analisis mengenai haiwan itu baru sahaja dimulakan.

Analisis yang dimulakan itu telah mengambil masa bertahun-tahun dan kerja dilakukan dengan penuh perhatian semasa memeriksa dan membersihkan fosil haiwan tersebut.

Hanya makan haiwan kecil

Walaupun badannya besar seperti dinasour namun Serpentisuchops hanya memakan haiwan yang bersaiz kecil seperti sotong dan ikan kecil di lautan.

Persons berkata giginya yang besar juga tidak membantunya untuk menggigit haiwan yang mempunyai tulang yang tebal.

“Serpentisuchops mempunyai gigi teratur dan kecil serta tidak bergerigi, jadi haiwan ini tidak akan dapat menggigit tulang yang tebal,” kata Persons.

Kredit: Getty Images/iStockphoto via Daily Star

Selain itu, difahamkan juga, makhluk itu hidup semasa benua Amerika pernah ditenggelami dalam laut cetek yang dipanggil Western Interior Seaway yang turut merupakan tempat haiwan itu.

Memetik Newsweek menerusi Daily Star, penemuan itu berkemungkinan merupakan permulaan bagi sesuatu walaupun pada asalnya haiwan itu telah pupus pada 70 juta tahun lalu.

Sementara itu, manusia dipercayai hanya mengetahui sebahagian kecil daripada semua spesies plesiosaur yang pernah wujud dan kemungkinan besar reptilia itu ada di serata dunia.

Sumber: Daily Star

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana