Siakap Keli
Padah Cuba Cium Ular Tedung
Gambar: Daily Star

Padah Cuba Cium Ular Tedung, Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Lepas Dipatuk

Padah Cuba Cium Ular Tedung, Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Lepas Dipatuk

Seorang lelaki menerima padah apabila dipatuk ular tedung pada bahagian bibirnya sewaktu cuba mencium reptilia berkenaan selepas berjaya menangkapnya di sebuah kampung di Shivamogga, Karnataka, India.

Memetik laporan Daily Star, lelaki terbabit telah dipanggil untuk menangkap dua ekor ular berhampiran kampung berkenaan sebelum cuba melepaskan kembali haiwan itu di hutan berdekatan bersama rakannya.

Bagaimanapun, sewaktu mahu melepaskan reptilia berbisa itu dia memutuskan untuk mencium namun salah seekor daripada ular berkenaan bertindak mematuk pada bibirnya.

Padah Cuba Cium Ular Tedung
Gambar: Daily Star

Susulan itu, lelaki berkenaan mengalami pendarahan akibat dipatuk dan segera dikejarkan ke hospital di daerah Shivamogga bagi menerima rawatan lanjut. Namun, dia telah dibenarkan pulang selepas beberapa jam kemudian.

Walaupun ular berkenaan telah dilepaskan kembali ke habitat asal, motif sebenar lelaki terbabit ingin mencium haiwan itu tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, kebanyakan warganet menjelaskan bahawa ia sudah menjadi perkara biasa kepada penduduk tempatan untuk bertembung dengan ular tedung selepas video itu tular di Twitter.

Tambahan lagi, kanak-kanak turut mengendahkan sahaja ular itu sekiranya ia menyusur melintasi mereka.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 81,000 hingga 138,000 kematian dilaporkan berlaku setiap tahun di India akibat dipatuk ular. Dari jumlah gigitan itu, 400,000 mengalami amputasi dan hilang keupayaan secara kekal.

“Banyak kes berkaitan gigitan ulat tidak dilaporkan, biasannya mangsa akan mendapatkan rawatan daripada bukan sumber perubatan atau tidak mempunyai ubat,” maklum WHO.

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?