Siakap Keli

‘Berkat’ Kena Tendangan Kungfu, Panglima TNI Tawar Pemuda Ini Jadi Askar

‘Berkat’ Kena Tendangan Kungfu, Panglima TNI Tawar Pemuda Ini Jadi Askar

Tragedi Kanjuruhan masih lagi segar dalam ingatan komuniti bola sepak, khususnya di Indonesia apabila lebih 125 nyawa terkorban akibat rusuhan penyokong selepas tamat perlawanan. Baru-baru ini viral di media sosial video dan foto salah seorang penyokong Arema Fc di tendang oleh salah seorang Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika tragedi itu berlaku.

Berikutan tindakan tidak profesional yang dilakukan oleh anak buahnya, seorang pegawai tertinggi TNI, Mejar Jeneral Nurchahyanto turun padang bertemu dengan penyokong tersebut dan keluarganya untuk membuat permohonan maaf.

Ketika lawatan tersebut, pemuda berkenaan turut ditawarkan peluang untuk menjadi seorang anggota tentera sekiranya berminat. Malah, dia juga tidak perlu melalui apa-apa ujian pemilihan, namun peluang itu ditolak pemuda berkenaan yang lebih berminat menjadi seorang ahli perniagaan.

Menurut ibu pemuda berkenaan, Isrotul, selain panglima tersebut, pelaku yang telah menendang anaknya turut datang ke rumah untuk memohon maaf dia atas tingkah laku yang dilakukan terhadap anaknya.

Bagaimanapun, Isrotul menegaskan walaupun pemohonan maaf telah dilakukan, mereka sekeluarga tetap memilih untuk meneruskan proses perundangan atas apa yang berlaku kepada Raffi. Malah, laporan polis juga sudah dibuat.

“Datang untuk minta maaf itu sangat bagus. Maksudnya ada inisiatif yang baik. Pelaku sendiri sudah minta maaf. Keluarga maafkan, tapi undang-undang tetap kena pakai,” katanya.

Ibu pemuda berkenaan, Isrotul berkata anaknya, Raffi, amat meminati Arema FC dan akan ke stadium tuan rumah di Kanjuruhan bersama rakan-rakannya ketika hari perlawanan.

BACA: Pintu Terkunci, Tangga Curam Dan Panik Punca Tragedi Stadium Kanjuruhan – Jokowi

Sumber: Detik Jatim

Shafikah