Siakap Keli
Wanita Kongsi Rahsia Turun 12kg
Gambar: Nursyamira Rohaini via Kumpulan Diet Suku-Suku Separuh

“Ikut Kemampuan Badan,” Wanita Kongsi Rahsia Turun 19kg Dalam Masa Empat Bulan, Tampil Lebih Langsing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Ikut Kemampuan Badan,” Wanita Kongsi Rahsia Turun 19kg Dalam Masa Empat Bulan, Tampil Lebih Langsing

Memiliki tubuh badan yang cantik dan ideal merupakan idaman setiap orang untuk kekal yakin berada di khalayak ramai.

Namun, bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan konsistensi yang tinggi dalam tempoh masa yang lama.

Tambahan pula, 2023 bakal menjelma tiba, sudah semestinya setiap orang mahu membuka satu lembaran baru buat mereka lebih-lebih lagi yang mahu menurunkan berat badan agar tampil sebagai diri ‘baharu’.

Baru-baru ini dalam satu perkongsian tips diet ‘santai’ yang dimuat naik di Facebook Kumpulan Diet Suku-Suku Separuh oleh Nursyamira Rohaini.

Dalam hantaran tersebut memaparkan kejayaannya menurunkan berat badan hasil diet yang dilakukan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Dari size 35 now dah pakai size 28, wanita kongsi rahsia diet 

Newbie here. Nak kongsi tips sangat pun tak tahu sebab saya diet santai dan tak terlalu push nak kurus. Asalnya sasar 4 bulan je nak #roadto50kg. Jadi ke tak tawakal je. Pernah stuck and mental down kejap. Kejap jela pastu semangat balik.

Rutin saya iaitu dsss/makan semua benda tapi jaga portion (tak kira kalori), MAF training hari-hari masa bulan pertama, sekarang 2x seminggu je, Brisk walk 10km dan workout di rumah (Abs Dumbbell).

Seluar dari saiz 35 sekarang dah pakai saiz 28. Baju dari saiz Xl boleh sarung M. Inch loss pun ketara sangat terutamanya peha dan pinggul. Sekarang dah fokus body toning. Berharap semangat tu berkekalanlah.

Bagi saya nak diet tak susah. Yang susah tu nak disiplin dan konsisten. Cuma saya pegang satu je, diet ikut kemampuan badan dan jangan ikut orang sampai diri sendiri tak gembira dengan weightloss journey. InshaaAllah menjadi.

Tak mengapa untuk bersusah-payah, tetapi tidak elok untuk menyerah terhadap impian sendiri.

Semoga perkongsian ini menjadi pembakar semangat kepada mereka yang mahu menjinak-jinakkan diri dalam penurunan berat badan.

Sumber: Nursyamira Rohaimi Via Diet Suku Suku Separuh

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.