Siakap Keli
Panglima Angkatan Tentera Hadir Di Istana Negara
Gambar: Bernama

Panglima Angkatan Tentera Hadir Di Istana Negara, Dipercayai Ada Kaitan Dengan Pertemuan PM & YDP Agong

Sebuah kenderaaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Pintu 1 Istana Negara pada jam 2.07 petang sebentar tadi.

Memetik video yang dimuat naik oleh Bernama menunjukkan kehadiran beliau yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Perdana Menteri dilaporkan bakal mengadap YDP Agong yang dijadual pada jam 4 petang ini bagi memenuhi program rutin setiap minggu pra Kabinet di Istana Negara.

Sementara itu, sekitar 30 pengamal media dari dalam dan luar negara berkampung di Pintu 1 Istana Negara sejak pukul 8 pagi bagi membuat liputan untuk pertemuan pada petang ini, lapor Bernama lagi.

Sumber: Bernama TV

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.