BAJET 2023: Bantuan Awal Persekolahan Ditambah Baik Kepada RM150 Dari RM100
Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Dalam pembentangan bajet 2023 tersebut beliau menyatakan bahawa sebanyak RM 825 juta Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan ditambah baik kepada RM 150 dari RM 100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Bantuan RMT juga akan dinaikkan bermula pada bulan ini juga.
RM825 juta
Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 7, 2022
Sumber: MOF Malaysia