Siakap Keli

BAJET 2023: Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Penerima Ijazah Kelas Pertama

Pihak kerajaan bersetuju untuk mengembalikan semula pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN yang menerima ijazah sarjana muda kelas pertama.

Hal tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi menerusi pembentangan bajet 2023.

Pemberian pengecualian semula pembayaran semula PTPN itu adalah sebahagian daripada bantuan-bantuan yang diumumkan oleh beliau sebentar tadi.

Antara bantuan yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia tentunya adalah pengumuman mengenai Bantuan Keluarga Malaysia.

Untuk tahun hadapan, isi rumah berpendapatan dibawah RM 2,500 dengan lima anak atau lebih akan menerima BKM sebanyak RM 2,500. Manakala bagi isi rumah sehingga empat anak pula, mereka akan menerima BKM RM 1,000 sehingga RM 2,000.

Selain itu, bagi warga emas tiada pasangan dan bujang, mereka masing-masing akan menerima BKM RM 600 dan RM 350, namun ia bergantung kepada had pendapatan masing-masing.

Sumber: Kementerian Kewangan

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.