BAJET 2023: RM 16.5 Bilion Diperuntukan Untuk Projek Infrastruktur Utama
Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Dalam pembentangan bajet 2023 tersebut beliau menyatakan bahawa RM 16.5 bilion diperuntukan untuk Projek Infrastruktur Utama seperti Lebuh Raya Pan Borneo, Central Spine Road, Landasan Kereta Api Berkembar Gemas-Johor Bahru, RTS Link dan ECRL.
Lebuh Raya Pan Borneo dijangka akan siap menjelang 2024.
Sumber: MOF Malaysia