Ekonomi di negara China semakin perlahan rentetan daripada penyesuaian strategi sifar Covid dan permintaan global yang semakin kurang.
Peningkatan angka rasmi bagi Julai sehingga September dijangka tidak lama lagi akan berkurang, perkara ini akan meningkatkan peluang kemelesetan ekonomi dunia. Matlamat Beijing memperlihatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5.5% tidak mencapai angka yang diingini walaupun kerajaan telah mengurangkan keperluan untuk memenuhi sasaran.
Negara ini tidak mungkin menghadapi inflasi yang tinggi seperti US dan UK, tetapi ia mempunyai masalah yang lain misalnya kilang dunia kurang mendapat pelanggan untuk produk di dalam mahupun di luar negara. Selain itu, ketegangan perdagangan antara China dan ekonomi utama seperti US juga turut menjadi faktor.
Buat masa ini, mata wang China, yuan turut berada di landasan yang terendah dalam beberapa dekad kerana menjunam teruk berbanding dolar US. Mata wang yang rendah akan memberi tanggapan negatif kepada para pelabur serta mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.
Semua ini berlaku ketika pertaruhan yang sangat tinggi oleh Presiden Xi Jinping. Beliau dijangka memperoleh penggal ketiga yang belum pernah berlaku di Kongres Parti Komunis (CPC) yang bakal bermula pada 16 Oktober ini.
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?
1. Sifar Covid mendatangkan malapetaka
Wabak Covid di beberapa wilayah sektor industri pembuatan seperti Shenzhen dan Tianjin telah menjejaskan aktiviti ekonomi merentas industri.
Orang ramai juga tidak membelanjakan wang untuk perkara seperti makanan atau minuman, runcit atau pelancongan sehingga meletakkan perkhidmatan utama di bawah tekanan.
Menurut data Biro Perangkaan Kebangsaan, daripada segi pembuatan, aktiviti kilang dilihat telah meningkat semula pada bulan September.
Pemulihan itu mungkin kerana kerajaan telah membelanjakan lebih banyak kos untuk infrastruktur.
Selain itu, permintaan (industri) dari negara-negara luar seperti US dibatalkan juga ekoran kadar faedah yang terlalu tinggi, selain faktor inflasi dunia serta impak krisis Rusia-Ukraine.
Ketua Ahli Ekonomi Asia di S&P Global Ratings, Louis Kuijs berkata, tiada sebab untuk merangsang aliran tunai ke dalam ekonomi kalau perniagaan tidak dapat berkembang atau orang awam tiada duit.
2. Beijing tidak melakukan yang terbaik
Beijing telah masuk pada bulan Ogos dan mengumumkan rancangan 1 trilion yuan untuk meningkatkan perniagaan kecil, infrastruktur dan hartanah.
“Tindak balas kerajaan terhadap kelemahan ekonomi adalah agak sederhana berbanding apa yang kita lihat semasa kejatuhan ekonomi sebelum ini,” kata Kuijs.

3. Pasaran hartanah China berada dalam krisis
Selain itu, aktiviti hartanah yang lemah dan sentimen negatif dalam sektor perumahan sudah pasti memperlahankan pertumbuhan ekonomi China.
Ini menjejaskan ekonomi dengan teruk kerana hartanah dan industri lain menyumbang sehingga satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China.
“Apabila tiada keyakinan dalam pasaran perumahan, ia mampu membuatkan orang ramai berasa tidak pasti tentang keadaan ekonomi keseluruhan,” kata Kuijs.
Pembeli rumah enggan mmebuat pembayaran gadai janji ke atas bangunan yang belum siap dan ada yang meragui rumah mereka akan siap. Permintaan untuk rumah baharu menurun dan itu telah mengurangkan keperluan untuk import komoditi dalam pembinaan.
Walaupun Beijing berusaha untuk menyokong pasaran hartanah, di China, namun harga rumah di berpuluh-puluh bandar telah menurun lebih daripada 20% tahun ini.
Dengan tekanan yang dihadapi oleh pemaju hartanah, penganalisis berkata pihak berkuasa mungkin perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memulihkan keyakinan dalam pasaran hartanah.
4. Perubahan iklim memburukkan keadaan
Cuaca ekstrem mula memberi kesan berpanjangan kepada industri China. Gelombang panas yang teruk, diikuti dengan kemarau yang melanda wilayah barat daya Sichuan dan bandar Chongqing di kawasan tengah pada Ogos.
Apabila permintaan untuk penyaman udara meningkat, ia mengatasi grid elektirk di rantau China yang hampir sepenuhnya bergantung kepada tenaga hidro.
Kilang-kilang termasuk pengeluar utama seperti pembuat iPhone Foxconn dan Tesla, terpaksa memotong jam kerja atau ditutup sama sekali.
Biro Perangkaan China berkata pada Ogos 2022, bahawa keuntungan dalam industri besi dan keluli sahaja turun lebih 80% dalam tujuh bulan pertama 2022, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
5. Syarikat teknologi gergasi di China kehilangan pelabur
Puluhan ribu pekerja muda mula kehilangan pekerjaan dan menambahkan lagi krisis yang mempengaruhi skala satu daripada lima orang yang berumur 16 hingga 24 tahun menganggur. Ini boleh menjejaskan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi China dalam jangka masa panjang.

Pelabur juga merasakan peralihan di Beijing iaitu beberapa syarikat swasta China yang paling berjaya telah berada di bawah pengawasan yang lebih baik apabila cengkaman presiden terhadap kuasa semakin meningkat.
Softbank Jepun mengeluarkan sejumlah besar wang tunai daripada Alibaba manakala Warren Buffet Berkshine Hathaway menjual sahamnya dalam pembuat kenderaan elektrik BYD.
Tencent telah mengeluarkan lebih daripada $7 bilion pelaburan pada setengah tahun ini sahaja. US pula bertindak keras terhadap syarikat China yang tersenarai di pasaran saham di negara mereka.
“Sesetengah keputusan pelaburan ditangguhkan dan beberapa syarikat asing sedang berusaha untuk mengembangkan pengeluaran di negara lain,” kata S&P Global Ratings.
Dunia semakin terbiasa dengan fakta bahawa Beijing mungkin tidak begitu terbuka untuk perniagaan seperti dahulu tetapi presiden mempertaruhkan kejayaan ekonomi yang telah menjana kuasa China dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
Sumber: BBC