Siakap Keli

Isu Mi Sedaap, KKM Maklum Tiada Rekod Kemasukan Produk Terlibat Dengan Tarikh Luput Ke Malaysia

Isu Mi Sedaap, KKM Maklum Tiada Rekod Kemasukan Produk Terlibat Dengan Tarikh Luput Ke Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan media memaklumkan pihaknya mengambil maklum dengan laporan penarikan melibatkan dua produk keluaran Mi Sedaap dari Indonesia yang didakwa mengandungi ethylene oxide.

Katanya, dua produk yang dikenal pasti tersebut adalah Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

Hasil semakan KKM ke atas data Food Safety System Information of Malaysia mendapati Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada diimport ke Malaysia.

Bagaimanapun tiada kemasukan produk terlibat dengan tarikh luput seperti di atas yang direkodkan.

KKM pada masa yang sama akan terus melakukan pemantauan dan mengenakan tindakan Than, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara dan pihaknya sentiasa peka dengan produk yang boleh mengancam kesihatan rakyat Malaysia.

Ethylene oxide adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan -peraturan Makanan 1985. Ia merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering diguna bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi perosak seperti serangga.

BACA: Tabung Kilat: Adik Adha Miliki Masalah Jantung, Rayu Sumbangan RM9,000 Tampung Kos Susu Khas

Sumber: KKM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.